Monday, December 22, 2014

Apakah Dropship?

Pengenalan
Entri saya pada kali ini adalah menenrangkan secara jelas apakah maksud dropship.saya mendapat maklumat tentang dropship pun melalui carian en google tetapi saya terangkan dengan pemahaman saya sendiri.

Baiklah dropship adalah Suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual.

Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal.Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri. 

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:

1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers ataulaman web.

2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.

3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.

4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!


Sistem Dropship



Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!

Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.

Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.

Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!

Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya sempurna.

APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?
Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:
1) Anda tidak perlu stok mengambil atau menyimpan stok sebagai persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan kami dan kami akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Kami akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.

2) Rangka masa untuk tempahan sampai adalah 1- 3 hari waktu bekerja.

3) Anda akan dapat menambah produk  ke laman web / blog/ facebook anda. Selalunya pembekal akan beri LINK untuk mengimport semua produk mereka sekali gus. Jadi anda tidak perlu copy dan paste satu persatu gambar di laman web yang pasti memenatkan dan memakan masa.

4) Penghantaran selalunya adalah dalam MALAYSIA dan juga Luar Negara.
Dropship berfungsi sangat mudah:

1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers ataulaman web.

2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.

3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.

4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan SEMUA ini untuk anda!

Keuntungan utama adalah untuk anda. Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.

Contoh :
Katakan anda jual baju blouse. Anda jual pada harga RM44 + RM6(pos) = RM50 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada pembekal RM34 ( harga dropship) + RM6(pos) = RM40. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM10. Itu baru sehelai. 

Bayangkan jika anda hanya buat jualan 30 helai sebulan. Setahun sudah berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok.

Selain menjual secara runcit sehelai – sehelai anda juga diberi hak untuk menjual secara borong. Katakan anda menjual blouse RM27 secara borong sebanyak 20 helai iaitu mark-up RM2 sehelai maka dengan mudah anda mendapat komisen atau keuntungan sebanyak RM40. 

Anda dengan mudah membuat keuntungan tanpa modal membeli, tanpa perlu menyimpan stok dan tanpa perlu menghantar stok. Menarik bukan?


Bukan itu sahaja, jika anda mampu buat jualan 30 ( purata hanya 1 helai sahari ) helai sebulan anda akan di naikkan ke agen super dropship B dimana anda layak dapat harga borong 10 helai.

Jika anda buat jualan 60 helai sebulan  ( purata 2 helai sehari ) anda akan dinaikkan ke agen super dropship A dimana anda layak dapat harga borong 20 helai.Jika anda layak menjadi agen super dropship A atau B, maka anda layak pula untuk melantik agen lain dibawah anda sebagai sub-agen.

RISIKO MENJADI AGEN DROPSHIP
Semua perkara memang terdapat risiko begitu juga menjadi agen dropship jadi anda mesti kena bersedia untuk menerima hal ini jika berlaku kepada kepada anda.

a)Barang tidak sampai
-Risiko ini harus diterima kerana barang bukan daripada anda tetapi daripada syarikat ataupun pembekal .

b)Barang tidak berkualiti
-Anda boleh menjadi mangsa kemarahan pelanggan kerana barang yang dikirim oleh pembekal anda tidak berkualiti.

c)Barang Rosak
-Barang yang dikirim oleh pembekal anda kepada pelanggan anda rosak


CARA MENJADI AGEN DROPSHIP YANG BERJAYA
Walaupun terdapat risiko untuk menjadi ejen dropship t anda masih mempunyai cara untuk menjadi agen dropship yang berjaya dan dapat mengelak daripada risiko-risiko yang saya sebutkan seperti diatas tadi.

a)Syarikat pembekal anda haruslah kukuh
-pertama sekali sebelum anda memilih pembekal anda harus melihat sejauh mana kekukuhan syarikat pembekal tersebut dimana anda boleh melihat kriteria ini :-

i-Berdaftar dengan SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
ii-Website pembekal telah lama bertapak (contohnya 5 tahun)
iii-Carian kejujuran atau ketidakjujuran di internet mengenai syarikat yang anda pilih sebagai             pembekal anda.

b)Kerapkan komunikasi anda kepada pembekal anda
-Anda dan pembekal harus mempunyai komunikasi yang baik 
-Tanya semua produk serta kualiti barangan tersebut
-Minta terma dan syarat jika barangan yang dihantar rosak

c)Rapatkan hubungan dengan pembekal
-Jika anda telah menjumpai pembekal yang mempunyai latarbelakang yang kukuh anda harus memikirkan bagaimana cara untuk mencapai hubungan yang erat anda terhahdap pembekal anda ini akan dapat menjalin kejujuran diantara sesama.

contohnya
i-Bertanya khabar
ii-menghantar buah tangan yang istemewa daripada daerah anda dimana hadiah tersebut sukar diperolehi di daerah pembekal tinggal.

d)promosi offline
-edar risalah di tempat-tempat ramai orang,tempat parking kereta

e)Promosi Online
-melalui facebook,jual produk dengan rakan-rakan anda
-Buka page mengenai produk anda di facebook
-Buat Blog
-Group watsapp
-group link
-wechat
-Bulk sms

baiklah setakat ini sahaja entri saya pada kali ini,saya berharap anda berjaya menjadi agen dropship yang berjaya.

No comments: