Sunday, December 28, 2014

Posisi Bola Sepak

Formasi 4-4-2
FORMASI 4-4-2

Pada usia 10 tahun yang dulu saya pernah bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak yang professional dalam arena antarabangsa..

haha fuh tinggi angan-angan tu..setiap manusia mesti mempunyai impian.hanya dengan usaha kita dapat mencapai impian tersebut.

Saya pernah ke pemilihan bola sepak Sabah (SAFA) pada tahun 2002 masa itu saya masih berumur lepasan SPM..kira pada masa tersebut masih fit dan cergas.

Tetapi mungkin rezeki tidak menyebelahi saya setakat dapat menyarung jersi Sabah untuk selection boleh la haha..

Baiklah,saya tahu ramai yang cekap bermain bola sepak tetapi kebanyakan daripada anda tidak tahu apakah posisi-posisi yang wajib serta peranaan anda apabila memikul tugas di posisi anda dalam padang.Saya buat penerangan tentang formasi ataupun strategi yang paling asas iaitu formasi 4-4-2.

Formasi ini diguna pakai di kebanyakan negara di dunia apabila mengatur strategi bola sepak kerana ia begitu mudah difahami oleh pemain-pemain bola sepak tidak kira pemain peringkat antarabangsa atau pemain-pemain peringkat kampung.

POSISI DAN PERANAAN

STRIKER

Tugas sebagai striker adalah menggempur kubu musuh bagi menghasilkan gol.kreteria sebagai pemain straiker adalah mempunyai kelajuan,berupaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan musuh,kreatif dan bijak,keupayaan mengelecek bola dgn cekap dan mempunyai tendangan padu.Apabila straiker kiri atau kanan memperolehi bola dan mengempur benteng pertahanan lawan striker yang satu lagi harus bijak membuka ruang supaya kubu pertahanan lawan menjadi kucar kacir dan mudah menghasilkan gol.Posisi striker bebas turun dan naik bergantung pada kedudukan bola dalam padang.

DEFENSIVE WINGER

Kreteria yang perlu ada sebagai defensive winger kiri dan kanan adalah mampu berlari dengan laju dan menghantar bola lintang(crossing)kepada striker serta mampu untuk menghasilkan gol.Apabila pihak musuh menyerang defensive winger kiri dan kanan wajib membantu benteng pertahanan pasukan.

ATTACKING MIDFILDER

Kreteria yg perlu ada di posisi ini adalah mempunyai kecergasan yg tinggi.tugas utama pemain attacking midfilder adalah membantu serta menghantar bola kepada pemain straiker serta berupaya untuk menghasilkan gol serta mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

CENTRE MIDFILDER

Kreteria yang perlu ada di posisi ini adalah harus mempunyai kecerdasan yg tinggi,body contac yg kuat.Tugas utama pada posisi ini adalah mengucar-kacirkan serangan musuh serta berupaya memintas bola daripada musuh dan membantu benteng pertahanan pasukan serta bijak membaca strategi lawan.centre midfilder adalah perancang strategi pasukan dimana berupaya menghantar bola kepada defensive winger serta striker.posisi ini tidak diwajibkan naik sampai keatas padang dimana posisinya hanya sampai di tengah padang serta membantu bahagian bawah pasukan.

DEFENSIVE MIDFIELDER

Kreteria yang ada pada posisi ini adalah harus mempunyai badan yang tinggi,body contac yang kuat.Apabila musuh menyerang pemain yang berada pada posisi ini yg mula-mula mendapat bola.Tugas utama pada posisi ini adalah mempertahankan serta benteng terakhir pasukan.

WING BEK KIRI DAN KANAN

kreteria yang perlu ada pada pemain di posisi ini adalah mempunyai kelajuan yang tinggi,body contac yg kuat.tugas utamanya adalah mempertahankan serangan musuh daripada kiri dan kanan dan cuba memintas bola daripada musuh.

CENTRE BACK

Ciri-ciri pemain yangg perlu ada pada posisi ini adalah berbadan tegap,tinggi dan mempunyai body contac yg kuat.tugas utama posisi ini adalah mengeluarkan bola daripada bahaya serangan apabila bek kanan dan kiri terlepas bola dari serangan musuh serta memberi arahan atau isyarat kepada pemain pertahanan untuk perangkap "offside".

KEEPER

Pemain yg terakhir yg mempertahankan gawang gol.

Dengan penerangan saya ini rasanya pemain-pemain bola di luar sana baru dapat tahu peranaan masing-masing  yang sebenar di padang.Takpa..hidup kita nie sentiasa dalam proses pembelajaran..betuk tak???

No comments: