Gambar Hiasan |
Tetapi memandangkan beberapa negeri di Malaysia terutama sekali di negeri pantai timur mengalami banjir besar maka menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri dan Merangkap Menteri Pendidikan telah mengumumkan penangguhan tarikh seisi persekolahan tahun 2015 seperti mana kenyataannya di media bertarikh 29 disember 2014 seperti dibawah dimana sumber tersebut diperolehi menerusi web portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia www.moe.gov.my.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang
sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri
pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah
daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat
banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil
berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan
sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun
2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri
lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini
bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi
tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula
persekolahan tahun 2015 bagi negeri
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula
pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau
ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa
banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat
persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak
pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan
gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan
anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment