Monday, December 29, 2014

Pengalamanku berpindah ke wilayah Persekutuan Labuan@Pulau Labuan

Pemandangan Beta Apartmen dan Ujana Kewangan
Pertama kali saya datang di Labuan pada tahun 2000 dimana saya ke Labuan untuk mengikuti pertandingan sukan sekolah peringkat Negeri Sabah (MSSS),yang mana acara yang saya ikuti adalah melempar cakera dan lontar peluru,saya tidak memperolehi apa-apa hadiah dalam acara melempar cekera dan mendapat hadiah ketiga dalam acara lontar peluru.

Pertama kali menjejak kaki ke Pulau Labuan pada masa itu saya merasa teruja bersama kawan-kawan yang lain..sampai di Labuan fuuhhh..cuaca Labuan panas..betul-betul cuaca kering..berbotol-botol minum air mineral  haha..saya tidak sanggup hidup di Labuan pada masa itu ya la kan saya ni berasal daripada daerah Tambunan Sabah dimana daerah saya antara daerah yang mempunyai cuaca sejuk…

Apa pun sekarang saya telah menetap di Labuan kerana atas dasar kerja,dan dapat menyesuaikan keadaan cuaca disini.Saya telah berpindah ke Labuan pada penghujung  tahun 2012 dan menetap hinggah sekarang..

Sebelum saya menceritakan pengalaman berpindah ke Labuan kamu perlu baca info mengenai labuan dan sejarahnya... ya la saya tahu ramai yang mencari info mengenai Labuan sebab kerana ingin bercuti,datang kerana meeting,sukan,berpindah ke Labuan dan banyak lagi tujuan lain..baca info mengenai Labuan dan sejarah Labuan disini..

Kenapa saya bercerita mengenai pengalaman saya??hanya untuk suka-suka saja ba..haha dan sebagai info kepada pengunjung-pengunjung yang hendak ke Labuan..

Penghujung Tahun 2012 saya telah berpindah ke Labuan daripada Kuantan Pahang dengan menaiki kapal terbang Mas daripada kuantan ke kuala lumpur dan seterusnya ke Labuan.Sebelum berpindah ke Labuan saya telah mencari informasi mengenai Labuan melalui pertolongan En.Google,En.Facebook dan En.Mudah.com yelah mau cari rumah sew ba haha..

Melalui pencarian saya ,saya telah mendapat rumah sewa di Apartmen Taman Perumahan Mutiara Blok M melalui ejen@alias orang tengah itu pun saya telah meminta bantuan rakan yang berada di Labuan pada ketika itu untuk melihat rumah tersebut dalam keadaan baik ataupun sebaliknya,fuhhhhh..mahal gila rumah sewa di Labuan setaraf dengan Kuala Lumpur..

Bayangkan rumah sewa saya adalah RM 700 sebulan,bayaran kemasukan adalah deposit 2 bulan dan cagaran Rm 700 semuanya RM 2100..ya la apa tidak rasa mahal,sewa rumah teres 3 bilik saya di Kuantan Pahang RM 300 sahaja sebulan..wow!sana–sini kelam-kabut cari duit sana untuk bayar deposit rumah haha..

sewa rumah di labuan memang mahal,harga rumah sewa saya ini adalah harga dua tahun yang lepas..sekarang tahun 2014,Rumah sewa Taman Mutiara Blok M telah mencecah RM seribu lebih,so saya nasihatkan sebelum berpindah ke Labuan cari la kawan,minta tolong cari rumah sebab rumah sewa di Labuan susah dicari…ada pun harga mahal dan tak masuk akal..pernah saya mencari rumah teres di Labuan serupa denga rumah sewa saya di Kuantan tetapi harga sewa rumah sebulan RM 1500 sebulan..

Jika kamu berangan mahu sewa rumah jenis banglo ataupun rumah sewa berhampiran Bandar stanby sewa rumah dalam RM seribu hingga lima ribu sebulan..itu pun jika ada..nasihat saya jika ada kawan di Labuan minta la ia tolong cari rumah sewa di kawasan kampong ..sewa rumahnya murah sedikit dalam anggaran RM enam ratus keatas..rumah di Labuan adalah terhad  disebabkan Pulau yang kecil tetapi penduduk semakin padat disebabkan tawaran peluang pekerjaan daripada Syarikat Carigali Minyak dan tawaran daripada Kilang-kilang yang ada di Labuan..

Berbalik kepada cerita tadi,apabila saya tiba di Airport Labuan,satu masalah lagi barang-barang saya banyak,anak-anak,wife adik serta ibu saya ikut sekali dengan saya,rasanya tidak muat guna kereta kecil,nasib baik la Aiport Labuan ada perkhidmatan sewa kereta,kalau saya tidak silap ,terdapat tiga kaunter yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa,perkhidmatan teksi pun ada..

So saya mengambil keputusan untuk menyewa kereta jenis Hilux Comonrail..dengan sewa RM 120 sehari..dengan tak tahu jalan menuju ke Rumah sewa saya dan hanya bergantung dengan Maps yang diberikan oleh penyewa kereta tadi…redah ja la..haha..sesat memang tersesat..haha yer la jalan Labuan mana kita tahu..rasanya dalam sejam mencari jalan menuju ke Taman Perumahan Mutiara baru la jumpa jalan…

Apabila sampai di rumah sewa Taman Mutiara Blok M saya merasa sedikit lega sebab rumah tersebut agak luas dengan tiga bilik dan satu stor serta mempunyai dua tandas dan ia sekali dengan tempat mandi,dengan rumah kosong lagi tanpa apa-apa perabut saya terpaksa ke Bandar semula untuk membeli peralatan seperti peralatan mandi,tilam dan selimut..mau tunggu barang saya daripada Semenanjung dengan menaiki Kapal Roro lambat lagi akan sampai,so terpaksa la beli peralatan asas dulu..

Perjalanan ke Bandar mengambil masa 15 minit jika jalan tidak jem,jika jalam jem rasanya mengambil masa 20-30 minit ..ketika saya sampai di bandar Labuan..peerhhh payahnya mau cari parking,Bandar Labuan ini kecil sahaja tetapi kenderaan banyak..saya terpaksa letak kereta di tempat yang bukan khas letak kereta setelah setengah jam mencari parking…hehe

Pada sebelah malam saya terpaksa cari makan di luar sebab peralatan memasak belum sampai lagi terpaksa la makan di luar,perjalanan mau cari makan ke Bandar sekali lagi tersesat..haha pulau yang kecil pun boleh sesat haha..pusing-pusing di Bandar terjumpa la restoran sea food..so makan disana la..lepas makan saya sediahkan dalam RM seratus lima puluh yela di kuantan jika makan dalam anggaran 5 orang harganya dalam angaran rm dalam seratus lebih ja…

So apabila taukeh kedai tersebut bagi bil…perhhhh terkejut saya dengan harga yang diberikan…mahal..memang mahal..saya tidak perlu bagitau nama kedai tersebut disini..haha ..ini adalah peringatan dengan kamu ya..kos makan di Labuan memang mahal…

Pendapat saya mengenai Labuan,ia adalah sebuah pulau yang kecil berhampiran dengan Sabah,kereta,rokok,arak dan cokelat  murah sebab bebas cukai yang lain-lain semuanya mahal..kepada anda yang mahu datang ke Labuan ataupun hendak menetap terus..

Bersedia la dari segi kewangan,jalan jem dan cuaca panas,dan kos hidup hahaha..bukan semua kedai makan di labuan mahal tetapi berbeza dengan harga di tanah besar..yelah dia orang kira kos pengangkutan bahan-bahan mentah ke Labuan tu yang jadi mahal..Baiklah semoga dapat berjumpa lagi kepada anda di lain hari ..jika ada pertanyaan mengenai Labuan sila tinggalkan mesej disini..sekian.



No comments: