Wednesday, December 31, 2014

Kaki berbau???

Saya tahu ramai yang mengalami masalah kaki berbau tak kira perempuan atau lelaki..ini menyebabkan mereka yang mengalami masalah ini merasa rendah diri .Masalah ini disebabkan oleh pelbagai factor yang mempengaruhi masalah bau kaki.saya akan menerangkan kepada anda bagaimana menangani masalah ini dan tip amalan penjagaan kaki yang saya amalkan yang paling berkesan.

Punca
Punca utama kaki berbau disebabkan oleh jangkitan bakteria yang berada di kaki kita,kerana dengan kurang penjagaan kesihatan diri masalah ini berlaku kepada kita,Memakai kasut sepanjang hari serta kasut yang kita pakai tidak mempunyai pengaliran udara juga salah satu penyebab kepada kaki berbau.

Cara mengatasi

Bedak anti septik
Terdapat banyak bedak talcum anti septik yang dijual di pasaraya serta farmasi,saya selalu menggunakan bedak anti septik jenama Agnesia,cara menggunakan adalah dengan meletakkan bedak tersebut ke kaki kita selepas mandi,sebelum tidur.Amalan ini mampu mengurangkan masalah kaki busuk kita.

Rendam kaki dengan air garam
Cara merendam kaki dengan air garam juga mampu mengurangkan masalah bau kaki.Panaskan air dicerek masak sehingga mendidih dan selepas air mendidih tuang air tersebut ke dalam baldi dan campurkan beberapa sudu garam,tunggu air tersebut agak-agak kita boleh tahan panasnya letak dan rendam kaki kita ke dalam baldi selama 30 minit.Amalkan setiap hari,moga bau kaki tersebut akan hilang.

Rendam kaki dengan ubat kumur lestirine
Lesterine mengandungi anti septik dan ia mampu menghilangkan bau kaki jika diamalkan dengan secara teratur,cara nya adalah dengan meletakkan sedikit lesterine ke air rendaman kaki yang masih panas,rendam kaki kita anggaran masa 15-30 minit setiap hari.

Stokin
Gunakan stokin yang menyerap peluh dan kualiti kain 100% cotton.Tukar stoking dalam empat hingga enam jam sekali.

CARA SAYA
Saya dulu mengalami masalah seperti yang kamu alami juga,berbagai cara yang telah saya lakukan tetapi mungkin kerana saya tiada disiplin untuk mengatasi masalah ini menyebabkan masalah berbau kaki ini sukar diatasi ditambahi lagi saya sentiasa memakai kasut jenis booth sepanjang hari.Masalah yang paling besar mereka yang mengalami masalah kaki berbau ini adalah semasa ke tempat  yang memerlukan kita perlu menanggalkan kasut,harum semerbak..memang busuk haha..kawan-kawan tengok lain macam..

Cara saya tidak memerlukan apa-apa ubat pun,saya gunakan cara ini apabila saya teringat nasihat oleh guru saya semasa berada di tingkatan enam atas pada tahun 2003 di sekolah menengah SMK Tambunan Sabah dimana waden asrama kami tempat tinggal marah sebab apabila beliau membuat lawatan mengejut asrama lelaki berbau busuk kaki haha..

Saya masi mengingati kata-kata yang diucapkan oleh bekas warden dan cikgu saya tersebut.Beliau mengatakan “CARA UNTUK MENGATASI KAKI BERBAU BUSUK DENGAN MENYENTAL KAKI KITA DENGAN BERUS KAIN”haha agak kelakar tetapi kebelakangan ini saya mengalami masalah kaki berbau dan dengan syor waden saya dahulu  ini lah yang saya amalkan sekarang.Keputusannya memang memberangsangkan masalah kaki berbau saya hilang dengan hanya beberapa hari sahaja.

Denggan menggunakan berus kain masalah anda diatasi,caranya adalah setiap kali mandi saya syorkan anda menggunakan sabun anti bakteria seperti sabun Dettol dan sabun kaki kamu dengan Dettol dan berus kaki,kuku jari kaki dan tapak kaki selama 5 minit amalkan setiap hari dan setiap kali kamu mandi ,semoga bau kaki hilang dan apabil dalam seminggu kamu gunakan cara ini kamu rasakan kaki kamu lembut dan tidak berbau lagi.
Berus Kaki 

Saya gunakkan berus khas untuk kaki yang saya beli di kedai Guardian,dimana berus ini mempunyai dua kegunaan dan dua tapak dimana tapak pertama adalah tapak berbentuk berus manakala tapak yang di sebelah atas mempunyai tapak yang keras seperti batu tetapi ia sesuai untuk menyental tapak kaki kita yang mengeras dan yang mempunyai masalah tumit kaki mereka.Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini semoga anda dapat mengatasi masalah kaki dan dapat mengembalikan keyakinan diri terhadap masyarakat.sekian..jika kamu ada perkongsian mengenai masalah kaki berbau tinggalkan pesanan disini..


No comments: