Wednesday, December 24, 2014

Keburukan Dan Kebaikan Nuffnang

Sebelum kita bincang panjang lebar mengenai nuffnang mari kita lihat kepada sejarah syarikat ini.

Mungkin ramai yang sudah maklum Syarikat Nuffnang diterajui oleh dua anak muda iaitu Timothy Tiah dan Cheong Ming Shen pada penghujung bulan Mei 2006 salah seorang daripada merek pernah menjana pendapatan lumayan daripada internet salah satunya menurusi Google Adsense.Idea untuk menubuhkan syarikat ini timbul selepas mereka berdua tamat belajar di oversea .Nuffnang.com telah dilancarkan pada tarikh 27hb febuari 2007

Nuffnang adalah sebuah Syarikat Pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Selain itu, ia juga membuat iklan melalui blog  pelbagai anjuran dan dan juga ia menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Kebanyakan Pengiklan Nuffnang terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran Malaysai seperti  DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle,Samsung,Iphone serta banyak lagi Syarikat-syarikat yang Kukuh di Malaysia.Para blogger akan diggunakan apabila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui syarikat ini.

Jenis kempen yang ditawarkan oleh pihak nuffnang adalah

1)KEMPEN CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT)
-memerlukan pengunjung unik yang datang ke blog dan pengunjung unik haruslah 100 keatas setiap hari

2)KEMPEN CPC (COST-PER-CLICK)
-Setiap klik iklan di blog kita akan dibayar
-jangan memandai klik sendiri nanti pihak nuffnang akan band korang hehe

Jenis banner iklan ditawarkan adalah Leaderboard ,Skyscraper,Large Rectangle dan iklan mobile ads

Sana-sini kebanyakan blog semua buat entri penulisan kebaikan Nuffnang,baik saya buat penulisan lebih kepada menghentam mereka haha..Saya hendak kongsikan kepada kamu mengenai Nuffnang, ini adalah hasil daripada kajian saya sepanjang hampir setahun meletakkan iklan di Blog saya.bukan di blog nie yer hehe..

UV(Uniq Visitor)di blog saya  angaran pengunjung 500-600 UV setiap hari..korang tahu tak ape yang saya rasakan pada mulanya meletakkan banner iklan Nuffnang di blog,wow...nie leh buat duit ni,sebab ia antara ads Network yang terbaik di asia tenggara.. 

ahaha korang pula bagaimana???mesti korang pun berfikiran seperti saya ..betul tak????saya meletakkan tiga jenis iklan  iaitu Leaderboard ,Skyscraper,Large Rectangle dan saya juga letakkan iklan mobile ads..saya mendapat taraf Glitterati hanya selama 3 hari sahaja, untuk pengetahuan korang syarikat ads network di luar negara yang  serupa dengan sistem pemasaran yang dilakukan oleh Nuffnang .

Apabila anda letakkan banner iklan mereka di blog korang secara outomatik mereka akan bayar kepada korang mengikut jumlah pengunjung unik ke blog korang ,bukan tunggu berbulan-bulan baru lah anda diberi iklan CPUV(cost per uniq visitor)bayangkan uv saya setiap hari dalam anggaran 500-600 uv(sikit jer nie)..jom kita kira 500x31=15500 uv setiap bulan ..ni kira ok  sudah tu hehe tapi CUPV saya mandul hahaha 0.01 sen pun takde dalam akaun nuffnang,sedih haha...

apa yang saya tahu bukan pihak nuffnang yang memilih blog kita untuk diberikan CUPV tetapi pihak pengiklan..nampaknya pihak pengiklan tak minat dengan blog saya kot,.apabila blog korang tak menepati kehendak pengiklan maka berkurun la kita menunggu earning CUPV..

So walaupun pihak Nuffnang dengan mudahnya menerima kita sebagai publisher mereka tetapi blog kita mesti mendapat hati ditempat pengiklan..apabila blog korang terpilih mendapat CUPV  berusaha mengekalkan dan menarik pengunjung unik datang ke blog korang kerana telah terbukti beberapa blogger kita telah memperolehi pendapatan yang lumayan daripada Nuffnang..

jika korang ade pengalaman bersama dengan pihak Nuffnang kongsi-kongsi ler kat sini..mana la tahu menjadi panduan kepada para blogger yang masih kurang faham mengenai Nuffnang..

No comments: