Friday, December 26, 2014

Minyak Bawang Putih

Pada entri pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat minyak bawang putih,tentu anda merasa pelik apakah kegunaan dengan minyak bawang putih ini,bukan untuk mengoreng ya haha..

Sebelum saya bagitau ,bagaimanakah caranya untuk membuat minyak bawang putih mari saya kenalkan kepada anda Khasiat bawang putih yang saya baca melalui internet dan informasi yang saya baca ini daripada laman web Hospital Kuala Penyu Sabah .

Penulisan tersebut mengatakan Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.

Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).

Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. 

Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Ok anda da baca ke?itu mengenai tentang khasiat bawang putih .Baiklah berbalik kepada tujuan saya tadi mengenai cara-cara membuat minyak bawang putih dan kegunaanya.

Pertama sekali apa yang kamu perlu sediakan adalah dengan menyediahkan beberapa ulas bawang putih yang sihat dan minyak masak tak kira jenis minyak masak ape..mana-mana sahaja tapi minyak yang saya gunakkan adalah minyak zaitun dara ataupun dalam bahasa inggeris Olive Oil Virgin..mana nak cari minyak nie??

Jika kamu pergi ke pasaraya minyak olive oil virgin banyak dijual disana dan untuk pengetahuan kamu minyak jenis ini seratus peratus import daripada luar Negara.

Baiklah apabila anda sudah menyediahkan kedua-dua item tersebut bawang putih tadi kamu perlu bakar di api,kalu saya guna dengan api dapur gas jer dengan mencucukan bawang putih tersebuk ke garpu..bakar bawang putih tersebut sedang-sedang sahaja jangan sampai terbakar hangus pula haha..

Ok selepas selepas proses bakar bawang putih itu kamu perlu lenyek bawang putih dengan menggunakan sudu besi ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga hancur.

Selesai proses tersebut cari bekas kosong ataupun botol kecil tuangkan minyak zaitun tadi ke dalam botol dan campurkan dengan bawang putih yang telah siap dilenyek.

Selepas minyak zaitun digabungkan dengan bawang putih tadi goncang sehingga sebati.Da siap untuk diggunakan..baunya memang sedap tau..jangan buat sambal pula hahaha..

Apakah kegunaan minyak bawang putih ini????apa yang saya tahu banyak kegunaannya..tetapi yang paling popular adalah dengan mengubati demam akibat selesma,cara nya adalah dengan menyapu minyak bawang putih ke dada belakang serta tapak kaki sebelum tidur..

Apabila kamu bangun daripada tidur kamu merasa semakin sembuh,menggunakan minyak bawang putih adalah petua daripada nenek moyang kita sejak daripada dahulu lagi,apabila kanak-kanak mengalami demam kebanyakannya sembuh dengan menggunakan minyak bawang putih ini.

Kegunaan yang lain adalah mereka yang mengalami penyakit Psoriasis..dimana penyakit ini adalah Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.

Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. 

Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Anda Cuma perlu sapu ke tempat yang mengalami masalah sekerap yang boleh jangan biarkan tempat yang mengalami Psoriasis kering..



No comments: