Tuesday, January 6, 2015

Panduan dan cara mendapatkan salinan keputusan sijil SPM/MCE dan sijil keputusan PMR/SRP/MCE

Panduan mendapatkan salinan keputusan

Sijil SPM/Contoh
Pada tahun 2010 seorang  rakan saya, telah kehilangan sijil SPM miliknya,tetapi beliau tidak tahu bagaimana mendapatkan semula sijil SPM beliau yang telah hilang tersebut.Apabila hilang sijil SPM adalah satu masalah kepada kita kerana sijil ini teramat penting sekali .Contoh semasa kita hendak melanjutkan pelajaran ataupun ketika mencari kerja.

Saya gagal menghadiri temuduga pengambilan polis pada tahun 2002 kerana sijil asal SPM telah tertinggal di rumah..

Sebenarnya tidak lah sesusah mana untuk mendapatkan semula sijil kita tersebut jika kita mengikuti prosuder yang ditetapkan oleh JPM(Jabatan Pelajaran Malaysia).

Disini akan diterangkan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan sijil atau pernyataan asal yang hilang.

Untuk pengetahuan anda sijil SPM/MCE ataupun pernyataan asal PMR/SRP/LCE dicetak hanya sekali sahaja dan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.Sekiranya sijil SPM/MCE tersebut hilang ataupun rosak barulah mereka akan mengeluarkan salinan keputusan tersebut.

Jika sijil keputusan PMR/SRP/LCE anda telah hilang dukacita bahawa Jabatan Pelajaran hanya dapat mengeluarkan salinan pernyataan keputusan sahaja .

Prosuder yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia serta salinan pernyataan keputusan Peperiksaan Menengah Rendah adalah anda kena mengambil borang permohonan salinan sijil hilang/rosak/terjemahan di mana-mana pejabat  Jabatan Pelajaran Malaysia atau anda boleh memuat turun borang tersebut disini.

Selepas anda mendapatkan borang tersebut anda perlu mengisi butir-butir borang permohonan tersebut dan sekiranya telah lengkap borang tersebut perlu dikepilkan dengan surat sumpah atau laporan polis.

Surat sumpah atau laporan polis ini diperlukan bagi menyatakan butir-butir yang anda isi di borang pernyataan tersebut adalah benar.Surat sumpah ini boleh diperolehi di mana-mana mahkamah manakala laporan polis boleh dibuat d mana-mana balai Polis yang Berdekatan.

Sekiranya permohon datang sendiri ke pusat Jabatan Pelajaran Malaysia surat sumpah ataupun laporan polis tidak perlu.Dengan hanya penlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
Maklumat-maklumat surat sumpah atau laporan polis haruslah mengandungi butir-butir seperti berikut.

  • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
  • Nombor kad pengenalan lama dan baru
  • Tarikh lahir
  • Nombor pusat mengambil peperiksaan  dan angka gilliranNama peperiksaan Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
  • Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan. 


Setiap helaian salinan keputusan yang dipohon akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00(sepuluh ringgit Malaysia) bagi setiap helaian sijil.Anda boleh membuat pembayaran dengan melalui wang pos(postal oder) ataupun anda juga boleh membuat Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN' .

Jika anda melakukan pembayaran melalui  Cek persendirian ia tidak akan diterima. Bayaran Tunai boleh diterima di kaunter Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Bagi mereka yang cuba untuk menipu butir-butir permohonan ataupun borang permohonan tidak lengkap ataupun mana-mana butir-butir seperti yang telah dinyatakan diatas ,Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan.Wang proses permohonan tidak akan dikembalikan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pelajaran Malaysia: 0388843526 / 0388843528





5 comments:

Unknown said...

Salam sejahtera,

Saya nak tanya, bagaimana pula dengan sijil SPM yang tidak dituntut sejak tamat sekolah ? Boleh dituntut juga tak kira tahun ke ?

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2515] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.


Meyhh said...

Salam na tanya kalau di slip spm tu hanya tulis layak mendapat pernyataan makna nya kita tak boleh ada sijil spm original laa ye ? Mohon pencerahan

Unknown said...

Nak tya..dah pergi tya dkt pendidikan tak?sya punya pun layak mendapat pernyataan..spm ulangan..tq

Unknown said...

Asalmualaikum sye nk tnye sye telah menduduki spmu pada thun 2018 smpai sekarang sijil xde inform tentang sijil slip kuputusan dah dpt sijil je yg blom