Semasa saya tinggal di Kuantan Pahang saya pernah mencari kereta terpakai proton wira selama dua minggu dan dalam tempoh pencarian tersebut macam-macam jenis kereta yang saya jumpa.Hati-hati terdapat penjual kereta terpakai yang menipu anda bulat-bulat.ini adalah beberapa panduan melalui pengalaman saya serta hasil pembacaan saya menerusi internet.
1)Bawa Mekanik
-Jika korang tida tahu apa-apa mengenai kereta ataupun kurang arif mengenai kereta saya cadangkan anda membawa orang berpengalaman ataupun mekanik kereta untuk melihat kereta terpakai yang ingin anda beli.
Panduan membeli kereta terpakai : Pemeriksaan awalan
2)Test drive
-Korang tidak perlu tergesa-gesa ataupun kelam kabut untuk mengejar masa,buat temu janji dengan owner kereta ataupun sales use car aturkan temujanji. Cuaca memainkan peranaan penting jika temujanji anda cuaca tidak berapa elok ada baiknya anda mengatur pada hari lain.
3)Bawa buku nota
-Bawa buku nota,apa yang ditulis disini pastikan anda telah mencatitnya.
4)Perilaku
-Semasa kamu bertemu dengan pemilik kereta,ataupun sales use car pastikan kata-kata korang kena jaga,jangan terlalu memperkecilkan pemilik/penjual kereta semata-mata untuk mendapatkan harga yang rendah serta janganlah terlalu mendesak. Korang berhak bertanya soalan, tetapi kamu
tiada hak mengutuk kereta mereka jika kamu tidak berpuas hati.
5)Minyak, cecair
-Buka bonet hadapan dan lihat 5 minyak berikut : Batang
pencelup minyak enjin, penyejuk, minyak power steering, penutup radiator and
minyak brek
a) Minyak: Minyak enjin yang berwarna coklat keemasan, sedikit
coklat, mahupun warna coklat gelap sudah memadai. Ini bermaksud minyak tersebut
menjalankan tugasnya dengan baik. Jika ia berwarna seperti tar gelap, lupakan
sahaja kereta tersebut.
Periksa paras minyak enjin dengan memeriksa paras minyak
pada batang pencelup minyak enjin. Kemudian periksa penutup minyak enjin,
pastikan tiada keladak. Jika ada, lupakan sahaja kereta tersebut.
b) Cecair Penyejuk:
Periksa paras cecair penyejuk pada tabung cecair penyejuk. Kemudian buka
penutup radiator, periksa jika terdapat keladak. Keladak pada penutup radiator
mungkin bermakna terdapat masalah pada system penghawa dingin kereta tersebut.
c) Minyak Power Steering dan Minyak Brek: Periksa paras kedua
minyak ini. Bagi minyak power steering, periksa jika terdapat keborocan di
sekitar hos. Jika hos power steering tersebut tepu dengan minyak, itu mungkin
satu petanda pembaikan yang lebih mahal akan berlaku di masa akan datang. Sila
perhatikan betul-betul.
6)Tayar
a)Tayar: Pertama sekali, periksa tayar. Pusingkan steering
kereta ke kiri (dan kanan) bagi membolehkan kamu nampak keseluruhan alur, bunga
tayar. Hakisan tayar yang tidak sekata (hakisan di tepi atau tidak sekata di
tengah) mungkin menandakan terdapatnya isu suspensi kereta.
7) Interior Kereta dan Lampu
kamu tidak perlu berasa keciwa dengan keadaan tempat duduk yang usang
dan keadaan radio yang rosak. Kebanyakkan komponen interior ini boleh diganti dengan mudah
dan murah.
a)Tingkap: Turunkan tingkap dahulu, bila mana kunci berada di
posisi “on”, dan hidupkan enjin. Proses ini untuk memastikan keadaan motor tingkap dalam
keadaan baik.
b)Enjin: Adakah kamu mendengar apa-apa bunyi pelik apabila
enjin dihidupkan? Tekan pedal minyak, dan dengar bunyi enjin sama ada enjin itu
dapat kembali ke keadaan stabil setelah “vrrooom” yang kamu hasilkan tadi.
Hidupkan enjin sekali lagi jika kamu belum 100% pasti.
c)suis dan butang: Periksa semua suis dan butang, pastikan
semua berfungsi. Jika kamu berseorangan, minta pemilik kereta menghidupkan
signal kiri dan kanan, sementara kamu memeriksa keadaan lampu di luar kereta.
d)Lampu luar: Kemudian
periksa lampu rendah dan lampu tinggi kereta. Jangan lupa periksa lampu brek
kereta. Bagi kereta Proton, lampu luar ini selalunya menjadi masalah setelah
kereta dipakai beberapa lama. Jangan tergopoh-gapah, ambil sedikit masa untuk
memeriksanya betul-betul.
d)Wiper dan Brek Kecemasan: Periksa wiper semua dalam keadaan
baik. Sekali lagi, minta bantuan pemilik kereta untuk menekan brek sementara
kamu memeriksa brek kecemasan dari belakang kereta.
e)Penghawa dingin: Hidupkan penghawa dingin. Penghawa dingin
kereta sepatutnya dapat mengeluarkan udara sejuk selepas 15 saat dihidupkan.
Kereta yang lebih lama mungkin bermasalah di bahagian ini. Apabila kamu sudah
berada di atas jalan, sila periksa penghawa dingin ini lagi sekali, pastikan
suhu dan kelajuan kipas adalah sekata.
f)Power Steering: Akhirnya, sebelum ujian pemanduan kamu
dijalankan, turunkan tingkap dan pusingkan steering ke kiri atau kanan sehingga
habis. Pemusingan steering sepatutnya lancer dan senyap tidak mengeluarkan
bunyi. Jika terdapat kesukaran memusing, dan kekuatannya tidak sekata, system
power steering tersebut mungkin memerlukan penambahan minyak power steering,
atau penukaran pam power steering, atau mungkin juga satu system baru.
8)Body
-Elakkan daripada membeli kereta yang telah terlibat dengan kemalangan,sebenarnya walau macamana pakar sekalipun bengkel yang membuat kereta yang mengalami kemalangan tidak dapat menyembunyikan kecacatan kereta yang telah mengalami kemalangan,buka bonet enjin dan bonet belakang perhatikan setiap sudut dan skru.sudut kereta yang telah mengalami kemalangan berbeza dengan sudut yang tidak mengalami impak kemalangan.
-Selalunya skru di setiap kereta mempunyai garis cat putih ,jika skru tersebut tidak mempunyai garis putih ini menandakan kereta tersebut telah ditukar dengan skru lain semasa membuat kerosakan daripada kereta tersebut sebelum ini.
-Pintu: Kemudian buka tutup kesemua pintu beberapa kali, termasuklah bonet hadapan dan belakang. Ini juga membolehkan kamu memeriksa lantai dan tempat duduk. Jika pintunya berbunyi apabila dibuka tutp, pada kebiasaannya tiada masalah. Tetapi jika terdapat masalah untuk menutup pintu, ia mungkin menandakan masalah penyambungan pintu pada bingkai (frame) kereta.
-Regangan antara panel dan bonet belakang kereta: Periksa kesemua panel, lebih lagi bonet depan dan belakang kereta. Apa yang perlu diperiksa di sini ialah wujudnya atau tidak kebocoran pada panel-panel tersebut. Jika terdapat bau lembab pada bonet kereta, periksa jika terdapat air di bawah karpet bonet, di mana karat mungkin sudah terhasil.
9)Ekzos
-Pastikan apabila anda menghidupkan kereta ,kamu kena perhatikan asap keluar daripada ekzos kereta tersebut,jika ia berwarna putih dan mengeluarkan asap yang banyak bermakna valve enjin menghadapi masalah,jika ekzos terdapat minyak keluar saya syorkan kamu tidak perlu membeli kereta tersebut,jika ekzos mengeluarkan asap berwarna hitam dan selang beberapa minit asap tersebut hilang ia adalah normal.
Jika terdapat pengalaman membeli kereta terpakai kongsi-kongsi la disini yer ..saya berharap kamu tidak terbeli kenderaan yang owner asal kereta tersebut telah meninggal akibat daripada kemalangan.Dan korang pula membeli kereta itu...hehe
No comments:
Post a Comment