Tuesday, December 23, 2014

Pelaburan Emas

Gold
Penulisan saya pada kali ni adalah mengenai pelaburan emas.Seperti kita tahu semua masyarakat dunia amat berminat dengan emas,jadi kenapa dengan emas????hehe Emas adalah antara barangan yang paling bernilai sekali,manusia meminati emas kerana sifatnya yang unik,cantik serta warnanya yang kuning keemasan serta mempunyai nilai yang tinggi serta sukar untuk dimusnahkan.

Daripada zaman mesir hinggalah ke hari ini harga emas masih masih bernilai walaupun mengalami purata harga penurunan turun naik tetapi dalam jangka masa yang panjang graf carta harga emas meningkat tahun demi tahun.

Percaya atau tidak masa era peperangan di Negara Mynmar rakyatnya telah melarikan diri dan keluar daripada negara Mynamar dengan menjual segala harta mereka dan menukarkan dengan emas apabila mereka meliarikan diri ke negara lain mereka masih dapat meneruskan hidup kerana mereka masih mempunyai emas yang boleh ditikukarkan dengan wang.

Jika mereka menjual harta mereka dan mendapatkan wang Mynmar masa itu banyak negara tidak menerima matawang Negara Mynmar kerana Matawang tersebut tidak mempunyai nilai..kira masyarakat Mynmar kira bijak la nie hehe..

Suatu ketika dahulu semasa saya di Kedai emas Public Gold cawangan Baserah Kuantan Pahang sementara menunggu giliran nak jual emas saya ada bersembang dengan salah seorang pensyarah UMP(universiti Malaysia Pahang)Beliau mengatakan kepada saya beberapa tip untuk melabur dengan emas,perkara yang paling saya ingat kata-kata beliau adalah "SEGALAH PENDAPATAN KAMU BERSANDARLAH DENGAN EMAS"

Maksudnya adalah sebahagian pendapatan kita ataupun sebanyak 20%,gaji ataupun pendapatan dalam bentuk wang beli lah dengan  emas..beliau mengatakan anda tidak rugi sebab emas boleh ditukarkan dengan wang.

Jadi bagaimana kita untuk bermula dengan pelaburan emas????
Baiklah pertama sekali terdapat dua jenis pelaburan emas ini...pertama adalah pelaburan emas fizikal dan pelaburan emas tanpa emas..macam mana tu ekk???Pelaburan emas tanpa emas adalah hanya menggunakan buku pelaburan emas melalui bank-bank tempatan hehe ..

Nampak tak bank pun berani melabur dengan emas..Perlu saya tekankan disini jangan anda sekalian terlibat dengan syarikat pelaburan emas yang menjanjika keuntungan setiap bulan dengan jumlah yang banyak..ini da macam skim cepat kaya ..bahaya nanti merana badan nanti ehehe..

Emas fizikal 999

Selalunya orang melabur emas fizikal nie dengan emas jenis 999..Emas 999 ini dijual dengan bentuk jongkong serta berbentuk syiling.harganya lebih mahal dengan emas 916.

Emas fizikal 916

Emas inilah yang korang selalu beli kat kedai-kedai emas tu.emas perhiasan diri namanya.hehe.Harga emas 916 lebih murah daripada emas 999.

Emas tanpa fizikal

Emas tanpa fizikal adalah pelaburan menggunakan buku dan tanpa emas daripada bank-bank tempatan.Anda beli emas harga semasa dan apabila harga emas tersebut naik korang jual emas tersebut dan korang akan mendapat keuntungan..mudah bukan ???


Bagaimana membeli emas 999??

Mudah sahaja..anda hanya perlu ke kedai-kedai emas dan beli emas 999 dalam bentuk jongkong ataupun syiling.Korang juga boleh membeli emas di Bank Maybank iaitu syiling Kijang Emas yang dimiliki oleh Maybank.

Untuk pengetahuan korang kijang emas ini amat popular dan sering habis dan sebelum anda hendak membeli di Mayabnk korang perlu telefon dahulu pihak bank tersebut untuk mengetahui terdapat stok syiling Kijang emas ataupun tidak..nanti free je naya kalo xada stok hehe..

Bagaimana membeli emas 916

Serupa juga dengan emas 999 anda hanya perlu ke  kedai emas dan beli hehe..

Beli la emas  yang padat agar emas tersebut tidak mudah rosak,jika anda hendak gadaikan emas di al-rahnu pastikan emas yang korang jual tidak mempunyai zamrud,berlian ataupun apa-apa benda yang bukan selain emas sebab pihak al-rahnu tidak akan menerima emas tersebut.

Jadi bagaimana membuat keuntungan?????

Pada pandangan saya jika benar-benar serius untuk melabur dalam emas melabur lah dalam jangaka 6 bulan hingga setahun lebih ataupun lagi lama ...caranya mudah sahaja..beli emas..tunggu...apabila harga emas melonjak naik..jual emas tersebut..Melabur emas lagi untung berbanding melabur dalam ASB..


No comments: