Contoh Latihan Dribbling |
Mereka memiliki kediaman yang amat mewah dan laporan akhbar-akhbar barat juga mengatakan gaji pemain-pemain bintang adalah tersangat lumayan.
Mereka adalah pemain-pemain bola sepak professional yang telah menjadi jutawan.
Pada zaman 2015 terdapat ramai orang yang bercita-cita
hendak menjadi pemain bola sepak dan mengimpikan suatu hari nanti setaraf
dengan pemain-pemain lagenda bola sepak dunia.
Baiklah,saya tidak mengajar anda bagaimana untuk menjadi pemain professional,dan saya tahu anda yang membaca entri saya ini adalah seorang pemain bola sepak yang bagus tetapi saya tahu ramai pemain bola sepak yang di luar sana tidak mengetahui apakah asas dalam bola sepak

Dribbling@Kemahiran membawa bola
Kemahiran bawa bola adalah penting dalam bola
sepak.Kebanyakan kamu semuanya mempunyai skill ini tetapi pastikan kaki kanan
dan kiri boleh membawa bola dengan pelbagai keadaan.Kedua belah kaki harus
pandai mengawal bola,ini adalah perkara asas utama dalam permain bola
sepak.Contoh pemain bintang bola sepak yang mempunyai kemahiran mengawal bola
di taraf level tertinggi adalah Bekas pemain Brazil Ronaldinho,.
Buckle ball@Timang Bola
Agaknya berapa banyak kamu mampu timang bola?Admin dulu boleh timang
bola sampai 150 kali tapi lebih daripada itu memang tidak boleh.Kemahiran
timang bola dengan menggunakan kaki serta kepala wajib dalam asas bola sepak ,ini
membolehkan bola yang menghala daripada atas, kita dapat mengawal bola tersebut
dengan sempurna jika kita mempunyai kemahiran ini.Untuk menguasai teknik ini
harus memerlukan latihan secara konsisten dalam beberapa bulan.
Sent the ball@passing@Kemahiran menghantar bola
Ini adalah kelemahan utama ramai pemain bola sepak,jika
dilihat kepada pasukan-pasukan negeri dan Club dalam Liga Malaysia ramai pemain lemah ataupun tidak tepat dalam menghantar bola
kepada kepada rakan dan kurang persefahaman.
Saya tidak niat untuk menjatuhkan kredbiliti pemain bola sepak Malaysia tetapi itu la hakikatnya yang berlaku di negara kita .Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap pemain,lihat pada pemain-pemain yang bertaraf bintang ketika menghantar bola,kebanyakan hantaran bola mereka adalah tepat.

Inilah asas utama dalam bola sepak.Saya bukanlah seorang
pemain bola sepak yang professional tetapi saya tahu apakah asas bola sepak dan
berkongsi kepada kamu pengetahuan ini agar kamu boleh berkongsi dengan player
bola sepak yang tidak tahu asas dalam bola sepak.
Saya juga berkongsi Posisi-posisi dalam padang dan peranaannya dalam penulisan saya di dalam blog ini,jika kamu ingin membaca penulisan saya tersebut sila klik sini.
Setakat disini sahaja entri mengenai asas bola sepak pada kali ini dan saya ingin mengucapkan kepada anda semoga berjaya menguasai asas ini.Sekian.

No comments:
Post a Comment