Saturday, January 3, 2015

Sindiket Ugutan Video Lucah

Gambar Hiasan
Teknologi pada masa kini telah menghasilkan gadjet yang yang serbah canggih seperti telefon bimbit berkemera,laptop dan internet.Dengan kemodenan ini manusia telah dapat berhubung antara satu sama lain dengan cepat dan berhubung dengan sesiapa sahaja di merata dunia.Ini telah menyebabkan ada sindiket yang mengambil kesempatan ini untuk membuat penipuan keatas orang lain seperti sindiket ugutan video lucah mangsa.Sindiket ini telah berluasa di serata dunia dan sukar dikawal.Telah ramai orang yang menjadi mangsa penipuan mereka.Motif utama mereka adalah kerana wang.

Ia adalah kumpulan sindiket yang terancang.Baru-baru ini saya ada mendengar keluhan rakan saya yang telah menjadi mangsa sindiket ini.Disini saya akan menceritakan bagaimana sindiket ini telah memerangkap mangsa.Ini adalah cerita yang benar-benar berlaku terhadap kawan .

En.Din(bukan nama sebenar)telah mengenali seseorang wanita Philipine berketurunan Tagalog melalui facebook beberapa mingu yang lepas.Wanita tersebut yang menggunakan gelaran sebagai Grace, sendiri menghantar permohanan sebagai rakan facebook terhadap En.Din,apabila melihat permohonan menjadi rakan oleh perempuan tersebut maka En.Din pun menerima wanita Tagalog sebagai rakan Facebooknya.

Daripada penceritaan En.Din foto penama Grace adalah seksi dan cantik.Apabila En Din telah menerima Grace sebagai rakannya.Grace telah menghantar pesanan dalam bahasa inglish melalui laman sesawang Facebook ingin berkenalan dengan En Din.Apabila En Din melihat pesanan tersebut ,Beliau telah melayan pesanan Chat facebook penama Grace dan bermula lah perkenalan mereka berdua.

Setiap hari En Din dan Grace berhubung melalui chat  di facebook sehinggalah pada suatu hari Grace telah mengajak En Din bersembang melalui panggilan video menggunakan aplikasi skype.En Din telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan telah melakukan panggilan video skype kepada Grace semasa berseorangan di biliknya.

Semasa “ber”skype dengan Grace,En Din telah melihat rupa sebenar Grace yang begitu seksi dam cantik ditambahi lagi semasa berskype Grace hanya memakai singlet nipis.

Melihat keseksian Grace,En Din telah mengarahkan Grace supaya menunjukkan buah dada Grace tetapi Grace enggan berbuat demikian dan mengarahkan En.Din supaya menunjukan kemaluan En Din terlebih dahulu,En Din Bersetuju dan menunjukkan kemaluannya kepada Grace dalam anggaran masa tiga minit.

Selepas berbuat demikian En Din meminta Grace menunjukkan kemaluannya pula,tetapi Grace telah menutup video skype tersebut dan menghantar rakaman aksi En Din  menunjukkan kemaluannya sendiri.Grace telah mengugut En Din supaya menyebarkan video tersebut di internet  jika En Din enggan memasukan wang berjumlah RM 5000 ke akaun Mayabank dalam masa tiga jam.

En Din telah merasa panik dan segera ke bandar berhampiran dan telah memasukkan wang berjumlah RM 5,000 ke atas akaun yang telah diarahkan.Selepas melakukan transaksi tersebut Grace telah berjanji akan menghapuskan video tersebut.Selang 5 hari selepas kejadian tersebut Grace telah menghubungi En.Din semula dan meminta wang sebanyak RM 10,000 dan mengugut untuk menyebarkan video lucah En.Din kepada rakan-rakan En Din di facebook.En.Din telah tertekan dan beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu.

En Din telah berputus asa ,dan segera ke Balai Polis untuk membuat laporan dan meminta pihak polis untuk membantunya.Laporan polis telah dibuat dan laporan tersebut juga sebagai rujukan ke SKMM(Surunjaya Komunikasi dan Multimedia)agar videonya yang tersebar di internet dapat dihapuskan oleh pihak SKMM.

Saya membuat penulisan berkenaan kes kawan saya ini bukan tujuan untuk memalukan sahabat saya itu tetapi sebagai pengajaran kepada semua rakyat khususnya di Malaysia agar tidak ditipu oleh sindiket terancang ugutan video lucah.Nasihat saya berhati-hati meng’approve permintaan kawan di facebook,wechat,instragam dan laman-laman social yang lain.




3 comments:

Unknown said...

Video itu tersebar tak

Unknown said...

Video itu tersebar tak

Nasir Rahman said...

Selepas tu apa yg jadi..