Gambar Hiasan |
Teknologi pada masa kini telah menghasilkan gadjet yang yang
serbah canggih seperti telefon bimbit berkemera,laptop dan internet.Dengan
kemodenan ini manusia telah dapat berhubung antara satu sama lain dengan cepat
dan berhubung dengan sesiapa sahaja di merata dunia.Ini telah menyebabkan ada sindiket
yang mengambil kesempatan ini untuk membuat penipuan keatas orang lain seperti
sindiket ugutan video lucah mangsa.Sindiket ini telah berluasa di serata dunia
dan sukar dikawal.Telah ramai orang yang menjadi mangsa penipuan mereka.Motif
utama mereka adalah kerana wang.
Ia adalah kumpulan sindiket yang terancang.Baru-baru ini
saya ada mendengar keluhan rakan saya yang telah menjadi mangsa sindiket
ini.Disini saya akan menceritakan bagaimana sindiket ini telah memerangkap
mangsa.Ini adalah cerita yang benar-benar berlaku terhadap kawan .
En.Din(bukan nama sebenar)telah mengenali seseorang wanita
Philipine berketurunan Tagalog melalui facebook beberapa mingu yang
lepas.Wanita tersebut yang menggunakan gelaran sebagai Grace, sendiri
menghantar permohanan sebagai rakan facebook terhadap En.Din,apabila melihat
permohonan menjadi rakan oleh perempuan tersebut maka En.Din pun menerima
wanita Tagalog sebagai rakan Facebooknya.
Daripada penceritaan En.Din foto penama Grace adalah seksi
dan cantik.Apabila En Din telah menerima Grace sebagai rakannya.Grace telah
menghantar pesanan dalam bahasa inglish melalui laman sesawang Facebook ingin
berkenalan dengan En Din.Apabila En Din melihat pesanan tersebut ,Beliau telah
melayan pesanan Chat facebook penama Grace dan bermula lah perkenalan mereka
berdua.
Setiap hari En Din dan Grace berhubung melalui chat di facebook sehinggalah pada suatu hari Grace
telah mengajak En Din bersembang melalui panggilan video menggunakan aplikasi
skype.En Din telah bersetuju dengan pelawaan tersebut dan telah melakukan
panggilan video skype kepada Grace semasa berseorangan di biliknya.
Semasa “ber”skype dengan Grace,En Din telah melihat rupa
sebenar Grace yang begitu seksi dam cantik ditambahi lagi semasa berskype Grace
hanya memakai singlet nipis.
Melihat keseksian Grace,En Din telah mengarahkan Grace
supaya menunjukkan buah dada Grace tetapi Grace enggan berbuat demikian dan mengarahkan
En.Din supaya menunjukan kemaluan En Din terlebih dahulu,En Din Bersetuju dan
menunjukkan kemaluannya kepada Grace dalam anggaran masa tiga minit.
Selepas berbuat demikian En Din meminta Grace menunjukkan
kemaluannya pula,tetapi Grace telah menutup video skype tersebut dan menghantar
rakaman aksi En Din menunjukkan
kemaluannya sendiri.Grace telah mengugut En Din supaya menyebarkan video
tersebut di internet jika En Din enggan
memasukan wang berjumlah RM 5000 ke akaun Mayabank dalam masa tiga jam.
En Din telah merasa panik dan segera ke bandar berhampiran
dan telah memasukkan wang berjumlah RM 5,000 ke atas akaun yang telah
diarahkan.Selepas melakukan transaksi tersebut Grace telah berjanji akan
menghapuskan video tersebut.Selang 5 hari selepas kejadian tersebut Grace telah
menghubungi En.Din semula dan meminta wang sebanyak RM 10,000 dan mengugut
untuk menyebarkan video lucah En.Din kepada rakan-rakan En Din di
facebook.En.Din telah tertekan dan beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu.
En Din telah berputus asa ,dan segera ke Balai Polis untuk
membuat laporan dan meminta pihak polis untuk membantunya.Laporan polis telah
dibuat dan laporan tersebut juga sebagai rujukan ke SKMM(Surunjaya Komunikasi
dan Multimedia)agar videonya yang tersebar di internet dapat dihapuskan oleh
pihak SKMM.
Saya membuat penulisan berkenaan kes kawan saya ini bukan tujuan
untuk memalukan sahabat saya itu tetapi sebagai pengajaran kepada semua rakyat
khususnya di Malaysia agar tidak ditipu oleh sindiket terancang ugutan video
lucah.Nasihat saya berhati-hati meng’approve permintaan kawan di
facebook,wechat,instragam dan laman-laman social yang lain.
3 comments:
Video itu tersebar tak
Video itu tersebar tak
Selepas tu apa yg jadi..
Post a Comment