Sunday, January 11, 2015

Berniaga Pasar Malam

Pasal Malam di Kuala Lumpur
Pada entri kali ini kita berbicara bagaimana cara untuk berniaga pasal malam.Berniaga di pasar malam memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada si peniaga.Kerana pasar malam adalah tumpuan orang ramai dan kebarangkalian barang kita terjual adalah tinggi.

Perkongsian ini adalah tip daripada sahabat saya yang berasal daripada Negeri Kelantan yang berniaga pasar malam dan memperolehi kehidupan yang senang hasil dari hanya berniaga pasar malam .Ini adalah sedikit panduan bagaimana berniaga pasar malam yang diajar oleh sahabat saya.

Cari Supplier
Sebelum memikirkan untuk berniaga di pasar malam ,harus difikirkan barangan yang anda jual stok diperolehi daripada mana.

Jika anda peniaga daripada semananjung stok barang yang senang diperolehi dan teramat murah adalah di Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur terdapat gudang penyimpanan barangan daripada China yang amat besar.Bermacam jenis barangan yang terdapat di gudang berkenaan.

Sebelum ini kebanyakan peniaga mengambil stok barangan di sempadan Thai,tetapi menurut sahabat saya tersebut gred ataupun kualiti barangan Thailand tidak dapat menandingi kualiti barangan China.
Anda boleh juga memperolehi stok barang untuk berniaga di pasar-pasar borong,harga barangan tersebut juga dijual dengan harga murah.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan stok barangan anda daripada Luar Negara .Di Laman web membeli belah www.aliexpress.com ataupun www.alibaba.com  terdapat beribu pembekal daripada asia dengan menjual barangan yang amat murah.Tetapi anda dinasihatkan supaya berhati-berhati membeli barangan daripada web berkenaan.Pastikan pembekal tersebut adalah pembekal yang sah.

Majlis Perbandaran
Perolehi lesen ataupun kebenaran tapak berniaga pasar malam daripada Majlis perbandaran di daerah anda agar barangan anda tidak disita.

Apabila anda memperolehi lesen tapak untuk berniaga anda perlu membeli kanopi yang disediakan oleh Majlis Perbandaran sahaja.

Pemilihan Barang
Apakah barangan yang hendak dijual?Barang apakah yang anda minat?Menjual barangan yang anda minati memudahkan anda memberi penerangan mengenai barangan tersebut kepada pelangan anda.
Jangan jual barangan yang cepat rosak,cepat basi.Tetapi bergantung kepada kemahiran anda ,jika anda minat memasak ,saya tidak nafikan pasar malam adalam rezeki anda.

Sahabat saya tersebut syorkan menjual barangan mainan kanak-kanak,kerana barangan tersebut tidak mudah rosak,ringan dibawa ke mana-mana dan kebarangkalian untuk dibeli adalah tinggi.
Saya pernah menemani sahabat saya tersebut menjual barangan kanak-kanak di pasar malam dan memperolehi keuntungan RM 500 hanya dalam tiga jam berniaga.Untung bukan?

Sahabat saya mendapatkan stok belon gas hanya kos satu ringgit untuk satu belon dan menjual harga rm 10 hingga rm 15 dalam satu belon.

Kajian
Lawati tapak-tapak pasar malam di daerah anda,apakah barangan yang tidak ada dijual di pasar malam tersebut,Jika anda berhasrat menjual barangan kanak-kanak tetapi di pasar malam tersebut mempunyai sepuluh peniaga yang menjual barangan yang sama,tidak mungkin anda menjual barangan tersebut lagi kerana kebarangkalian orang membeli barangan tersebut adalah kurang kerana disebabkan oleh persaingan.

Pengangkutan
Inilah kos yang agak tinggi sebelum berniaga di pasar malam,tetapi sahabat saya berani beri jaminan berniaga pasar malam modal berniaga  akan memperoleh dengan cepat.

Anda disyorkan membeli van Nissan vanett  kerana kos yang agak murah tetapi ia bergantung pada modal yang ada ,jika modal anda besar beli la van yang agak besar sedikit berbanding dengan van Nissan vanett tersebut.

Kereta wira,saga pun boleh cuma kuantiti barangan dapat disimpan agak terhad.

Stor
Jika anda benar-benar serius berniaga di pasar malam,stor untuk tempat anda menyimpan barangan perlu difikirkan.Ini memudahkan perniagaan anda teratur,tidak perlu risaukan stok habis cepat kerana anda mempunyai stok yang agak banyak.

Simpan Keuntungan
Jika anda untung berniaga,simpanlah keuntungan tersebut sebagai pusingan modal.Jangan campurkan dengan kos makan minum anda.

Jika anda gagal untuk membuat kira-kira ,anda tidak akan tahu berapakah keuntungan anda.

Komitmen
Ini lah penanda aras kejayaan anda sebenarnya.jika anda mempunyai semangat yang begitu komited sekali untuk berniaga,saya percaya anda akan berjaya.

JIka semangat anda bak kata pepata “hangat-hangat tahi ayam”anda akan gagal berniaga di pasar malam.

Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit inspirasi kepada anda dalam permulaan untuk berniaga di pasar malam.





No comments: