Seperti yang kita tahu membuat like button fanpage kita di
blog salah satu strategi yang popular kepada mana-mana bloger kerana dengan
adanya fanpage kita sendiri memudahkan para pengunjung like fanpage kita serta kita
juga boleh share kandungan penulisan kita ke fanpage kita di facebook.
Adakah
kamu sudah mencipta fanpage ataupun halaman mengenai produk,penulisan kamu di
facebook?Untuk mencipta like button fanpage kita di blog harus mencipta halaman
fanpage terlebih dahulu baru lah kita boleh mencipta like button di blog
.
Mencipta button like ini amat mudah sekali ,jom belajar tutorial ini jika anda
tidak tahu bagaimana untuk mencipta
button ini.
Log out@keluar daripada facebook kamu dan seperti yang tertera
di foto diatas, klik ke perkataan Devoloper di bawah sekali yang mempunyai
bulatan merah.
Kemudian halaman ini akan keluar,caranya mudah sahaja klik
pada tempat yang telah di bulatkan The like button.
Halaman seterusnya yang akan keluar dan klik pada tanda merah yang saya
bulatkan “Like Box’’
Baiklah halaman ini yang paling penting sekali,masukkan Page
URL anda dibawah perkataan ini “Facebook Page URL”
Ejas lebar di perkataan Width ,ejas juga tinggi box like
anda di perkataan height kemudian ubah warna di perkataan colour sheme.
Selesai anda mengedit box like anda langkah seterusnya
adalah klik di Get Code.
Plugin code akan keluar separti ini,klik ke bahagian INFRAME
dan copy kod seperti diatas,pastikan semua kod telah berwarna biru.
Apa yang kamu perlu lakukan, masuk ke blog anda dan klik di
bahagian Layout,kemudian klik pada get a gadget dan pilih gadget HTML/JavaScript.
Paste kod yang kamu copy sebentar tadi dan save.
Selesai.Anda telah Berjaya melakukannya.Gambar diatas adalah
contoh like box button yang telah siap.mudah bukan?Tahniah..
Sebenarnya banyak lagi tutorail yang ada di bahagian Devoloper seperti like button,send button,follow button dan banyak lagi, anda boleh pilih di bahagian social plugin.
No comments:
Post a Comment