Saturday, January 10, 2015

Teknik Belajar Berkesan

Penguasaan teknik belajar penting
Kebanyakan pelajar tidak tahu cara yang sebenarnya bagaiman untuk belajar yang berkesan dan mampu menjawab dalam perperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang .Di kedai – kedai buku terdapat banyak buku yang mengajar bagaimana untuk belajar yang berkesan,ada yang bertajuk bagaimana belajar study hard,ada tajuk lain yang mengajar study smart dan pelbagai lagi.

Pengajaran berkenan terlalu panjang dan banyak sekali disipilin yang perlu diikuti sehinggakan para pelajar menjadi bingung bagaimana belajar yang sepatutnya.Penerangan cara yang mudah dan ringkas bagaimana untuk belajar dan anda boleh praktikan dengan segera.

Disiplin
Tidak dinafikan disiplin adalah asas yang paling penting untuk Berjaya.Tanpa disiplin bagaimana anda boleh Berjaya.Sebelum anda berhasrat untuk mengimpikan sesuatu tanamkan dalam jiwa anda impian tersebut dan fikirkan bahawa untuk mencapai perkara tersebut kekuatan disiplin mesti seiring dengan impian agar memperolehi hasil yang baik.

Peralatan menulis
Sediakan peralatan menulis yang cukup,buku latihan,pembaris secukupnya.Ini bagi memudahkan anda untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran.

Buku rujukan
Buku rujukan adalah penting bagi menambahkan pengetahuan anda da isi-isi yang penting bagi pembelajaran anda.Beli buku rujukan yang banyak dijual di kedai-kedai buku.jika anda tidak mampu untuk membeli rujukan tersebut memandai dengan meminjam dengan kawan-kawan.

Bab buku teks
Fahami setiap bab,tajuk dan jalan cerita serta formula.Ini penting agar anda tidak terlepas tajuk penting yang diajar.Penguasaan pada setiap bab mampu menjamin anda menjawab setiap soalan.

Latihan Latih tubi
Bahagian yang paling penting sekali.Ini adalah kunci setiap kejayaan dalam persediaan peperiksaan.Jika anda bertanya kepada mereka yang memperolehi keputusan yanga cemerlang dalam peperiksaan adalah kerana mereka mengamalkan strategi latih  tubi dalam menjawab soalan.

Belajar untuk mencipta soalan dalam setiap bab dan menjawabnya.Buat latihan ini berulang kali sehingga anda menguasai jawapan tersebut.

Target
Buat target berapa lama anda menguasai pelajaran tersebut.Jangan berfikir anda menguasai dalam masa sehari.Belajar adalah ibarat mendaki gunung,mendaki secara perlahan-lahan,ada masa berehat,dfan berjalan lagi sehingga sampai ke puncak gunung.

Jika anda berlari mendaki gunung tersebut kemungkinan besar anda tidak dapat menguasai gunung tersebut dan mendaki hanya separuh jalan.

Sehari satu mata pelajaran
Jika anda mempunyai Sembilan mata pelajaran,tidak mungkin anda mengulangkaji Sembilan mata pelajaran setiap hari.

Disyorkan anda mengulangkaji matapelajaran satu atau dua sahaja matapelajaran setiap hari.Matapelajaran yang kedua untuk membuat jawapan kerja rumah.

Buat jadual waktu pelajaran anda agar anda tahu matapelajaran apakah yang anda pelajari setiap hari.
Beli Latihan soalan ikut bab.

Beli latihan soalan mengikut bab yang banyak dijual di kedai buku.Cuba untuk menjawab soalan tersebut tanpa mencari jawapan di buku selesai menjawab rujuk semula kawapan di buku.Anda juga boleh mencari soalan-soalan yang berada di internet.

Soalan Ramalan.
Mencuba menjawab soalan ramalan mengenai matapelajaran yang anda ambil.Teknik ini mampu memahirkan anda dalam teknik menjawab soalan.

Doa
Doa digambarkan sebagai ketenangan,doa adalah cara manusia berbicara kepada Tuhan.Semua agama bersetuju akan hal ini.

Dengan berdoa sebelum belajar mampu menaikkan semangat kita untuk belajar.Berdoa la dengan kepercayaan masing-masing agar semangat anda belajar sentiasa ada.

Hanya ini sahaja prinsip kejayaan cara belajar yang betul sebenarnya.Buku-buku rujukan Panduan belajar yang ada dijual kedai-kedai buku terlalu detail dan hanya memeningkan kepala sahaja.

Penguasaan teknik belajar yang betul perlu ditanamkan dalam diri kita terlebih dahulu sebelum belajar.Tanpa teknik untuk belajar anda akan kecundang.

Jika peperiksaan tinggal tiga hingga empat bulan bakal menjelang tiba dan baru la anda hendak belajar teknik penguasaan belajar yang betul anda salah dan bakal gagal sebab teknik penguasaan belajar perlu dikuasai pada seawall tahun sebelum anda memasuki kelas.



No comments: