Holiday Tips |
Bercuti sekali sekala adalah baik untu minda,menghilangkan
tekanan,keseronakan dan banyak lagi kelebihannya.Anda sebenarnya merancang
bercuti di mana?persoalannya di mana anda bercuti tidak perlu diambil kira.Anda
boleh merancang bercuti dengan keluarga,kawan-kawan,orang tersayang ataupun
berseorangan.
Sedikit tip dan panduan untuk anda ketika merancang bercuti
di dalam negeri ataupun luar Negara agar anda bersedia dengan segala risiko
kemungkinan yang timbul serta peralatan-peralatan yang perlu dan meti dibawa
semasa bercuti.
Pemilihan Negara
Sebelum anda merancang bercuti di luar Negara,pastikan Negara
yang anda pilih adalah Negara yang aman,tidak berlaku peperangan,bencana
alam,wabak penyakit dan sebagainya.Perkara ini diambil kira bagi menjamin
keselamatan anda ketika berada di luar Negara.
Kad Kredit dan visa
Kada kredit dan visa adalah perkara yang amat penting sekali
kerana jika anda kehabisan wang kad ini lah yang menjadi penyelamat
kamu.Pastikan Kad visa dan kad kredit mempunyai baki yang mencukupi.
Tidak lama dahulu,seorang pelancong England terpaksa meminta
sedekah di bandaraya Kota Kinabalu kerana Kad ATM miliknya tidak boleh digunakan
di Bank Kota Kinabalu.
Balai Polis
Pastikan di mana anda melancong,anda tahu dimana lokasi
Balai Polis berhampiran anda.Simpan nombor telefon Balai Polis tersebut,Ini
adalah langkah persediaan agar jika berlaku sesuatu kepada anda dapat bersedia
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Perkhidmatan Teksi
Anda perlu tahu dimana lokasi perkhidmatan teksi yang
disediakan serta menyimpan nombor telefon daripada mereka agar anda mudah
bergerak ke lokasi yang anda perlukan.
Langkah persediaan untuk mengelak ditipu oleh segelintir
pemandu teksi,tanya dahulu harga tambang teksi sebelum anda menaiki teksi tersebut,Jika
harga tambang yang ditawarkan anda rasakan tidak manusabah sila cari teksi yang
lain.
Penginapan
Sebelum anda merancang pergi bercuti ,buat carian dalam
internet ,adakah hotel yang terdekat di lokasi tempat anda bercuti.
Hubungi hotel tersebut untuk bertanyakan kadar sewa
hotel.Ini membolehkan anda dapat mengira budjet anda.
Embassy
Embassy adalah wakil Negara,mana-mana Negara akan menghantar
duta ataupun wakil kepada Negara mereka ke Negara-negara yang mempunyai
hubungan ekonomi ,sosial,politik kepada Negara tersebut.
Jika anda melancong ke Negara China duta Malaysia ada
dihantar oleh kerajaan Malaysia di sana.Jadi pastikan anda tahu lokasi Duta
Negara Malaysia kerana jika anda kehilangan passport anda perlu berjumpa dengan
Duta tersebut untuk urusan Pasport.
Kamera
Bercuti tanpa kemera?agak pelik kedengaran .Kemera adalah
cara kita mengabadikan kenangan-kenangan dalam hidup kita agar dengan melihat
foto , kenangan tersebut sentiasa mekar di hati kita.
Pastikan kamera anda,tidak tertinggal atau tidak lupa semasa
melancong serta sebelum bergerak ke lokasi tempat anda melancong pastikan
kemera anda berfungsi dengan baik.
Maps/Peta
Semasa anda bercuti dan melancong pastikan anda tahu ataupun
ada maps/peta di tangan anda berkenaan lokasi tempat anda bercuti agar anda
tidak tersesat.
Keselamatan
Jangan berjalan di tempat-tempat yang sunyi ataupun tiada
orang untuk mengelakkan anda menjadi mangsa rompak/ragut/rogol ataupun
kemungkinan dicolek.
Jangan ikut terhadap orang yang tidak dikenali yang
menawarkan penginapan yang percuma kerana dikhuatiri orang tersebut berniat
jahat.
Pusat Pelancongan
Setiap tempat mempunyai pusat pelancongan,anda boleh
memperolehi informasi-informasi tentang tempat-tempat menarik di kawasan tempat
anda bercuti .
Rancang Perjalanan
Anda perlu membuat sedikit catitan di buku nota tentang rancangan perjalanan anda,nama-nama hotel,perkhidmatan teksi dan sebagainya agar rancangan percutian anda berjalan dengan lancar.
Peralatan asas
Pastikan anda membawa pakaian yang mencukupi semasa
bercuti.Tidak perlu membawa pakaian yang terlalu banyak sekadar memenuhi
keperluan anda.Jika anda membawa banyak ini akan menyukarkan perjalanan anda
nanti dengan membawa beg yang besar yang dipenuhi oleh pakaian.
Berus gigi,shampoo,sabun mandin serta medical Kit,khemah,
perlu disediakan agar and atidak tercari-cari apabila berada di lokasi tempat
anda bercuti.
Bagaimanapun anda boleh menyediakan peralatan dan
kelangkapan yang sederhana semasa bercuti.
No comments:
Post a Comment