Tips mencari kerja
Panduan cari kerja |
Selepas anda menamatkan zaman persekolahan ataupun
menamatkan mana-mana pengajian tentunya anda akan melangkah ke alam pekerjaan ,memperolehi
kerja adalah saat yang menyoronokan bagi sesiapa sahaja kerana suasana kehidupan,suasana
persekitaran tidak lagi sama dengan alam persekolahan.Alam pekerjaan ini
,kehidupan anda baru bermula.
Sebagai satu cabaran,mencari kerja pada era ini adalah teramat sukar sekali dan anda perlu bersaing dengan ramai orang yang masih belum mendapatkan pekerjaan.Setiap tahun terdapat beribu-ribu graduan peringkat diploma , ijazah yang graduate tidak kira daripada universiti-universiti tempatan ataupun swasta.Ini menyebabkan persaingan yang amat sengit sekali untuk mencari kerja.
Sebelum ini,pekerjaan di supermarket yang dahulunya diisi oleh mereka yang berkelulusan SPM dan PMR kini diisi oleh mereka yang mempunyai kelulusan Ijazah atau pun diploma kerana kebanyakan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Disini beberapa tip dan panduan bagaimana untuk mencari
pekerjaan dan anda akan Berjaya ke arah tersebut.
Persediaan
Sebelum mencari pekerjaan anda perlu bersedia kepada
beberapa perkara iaitu
Pakaian
Persediaan pakaian
anda semasa mencari kerja perlu diambil kira jika anda lelaki carilah pakaianri
lah yang sesuai,contohnya bersedialah
dengan baju long seep,seluar slack dan kasut hitam.Jika anda seorang perempuan
carilah baju kurung ataupun pakaian yang selalu dipakai oleh orang yang bekerja
di pejabat.
Rambut
Bagi lelaki rambut haruslah dipotong pendek agar penampilan
anda kelihatan segak begitu dengan perempuan .
Sijil/diploma/ijazah
Sediakan sijil-sijil anda dalam satu fail dan buat salinan
dalam beberapa helai contoh 5- 10 salinan.
Gambar
Gambar adalah penting sekali kebanyakan syarikat ataupun
kedai memerlukan gambar semasa anda menghadiri temuduga.
Resume
Resume Adalah maklumat mengenai anda,Kelayakan anda dan
mengenai kemahiran-kemahiran anda .Buat salinan 5 hinggah 10 salinan.
Pengangkutan
Saya letakan pengangkutan ini kerana sebagai persediaan
sekiranya anda memperolehi pekerjaan yang tiada pengangkutan
awam.Sekurang-kurangnya anda ada motorsikal,jika anda tidak mempunyai
motorsikal anda kena cari kerja yang terdapat pengangkutan awam.
Salinan maykad/lessen
Buat beberapa salinan mengenai lesen memandu dan kad
pengenalan.
Handphone
Handphone adalah perlu untuk menghubungi syarikat-syarikat
tempat anda ingin cari kerja dan sekiranya anda dipanggil untuk ditemuduga .
Jika anda telah menyediahkan apa yang saya sarankan seperti
diatas saya akan memberikan tips bagaimana cara untuk mencari kerja
Buku Saku/buku nota
Alat ini cukup penting bagi anda untuk senaraikan nombor
telefon syarikat dan nama-nama syarikat yang menawarkan pekerjaan.
Surat Khabar
Surat khabar amat penting sekali semasa mencari kerja kerana
kebanyakan syarikat meletakkan iklan jawatan kosong di surat khabar .
Anda mesti memperolehi surat khabar pada sebelah pagi
agar anda dapat melihat kekosongan jawatan ditawarkan dengan segera.
Catit segala kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelayakan
anda.Anggaran jam 0900 hingga jam 1000 pagi kamu mesti membuat panggilan ke
Syarikat-syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan tersebut dengan bersedia
dengan sijil-sijil dan pakaian yang sesuai.
Facebook
Anda sendiri buat group kekosongan jawatan ataupun masuk ke
group-group jawatan kosong dalam facebook.Cara ini dilihat agak berkesan untuk
mencari kerja tetapi anda terpaksa bersaing dengan ramai pencari kerja.
Jabatan Tenaga kerja
Bertanya ke Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kekosongan
jawatan jika tidak ada kekosongan Kamu boleh mendaftarkan nama terlebih dahulu sekiranya ada kekosongan yang
sesuai dengan kelayakan anda baru la mereka akan menghubungi anda.
Jabatan Tenaga Kerja ini mempunyai cawangannya sendiri di
setiap negeri dan daerah yang terpilih.
Daftar nama di syarikat yang tolong cari kerja untuk anda di www.jobstreet.com .
Internet
Internet adalah carian kekosongan jawatan yang amat
baik,anda boleh mencari kerja bila-bila masa dengan hanya duduk di rumah.Tetapi
ingat jangan sampai silap memilih kerja kerana penipu di internet terlalu
ramai.
Iklan di kedai-kedai
Anda juga boleh berjalan di sekitar Bandar untuk melihat
sekiranya terdapat iklan kekosongan yang dilekatkan di papan-papan iklan dan di
kedai-kedai.
Kawan
Rajin bertanya dengan kawan-kawan yang telah berkerja dengan
jika terdapat kekosongan kerja di tempat mereka bekerja.
Proses Temuduga
Jika sekiranya anda dipanggil untuk ditemuduga,anda perlu
membuat persediaan seperti disyorkan sebelum ini,dan perlu diingat perkara
berikut mesti diambil perhatian.
Cara berjalan
Cara berjalan jangan tunduk ataupun dalam keadaan lemah
longai,berdiri lurus dan berjalan seperti biasa.Cara berjalan menggambarkan
sejauh mana Keyakinan anda terhadap pekerjaan
yang ditawarkan kepada anda.
Cara bercakap
Kebanyakan penemuduga akan melihat cara anda bercakap,cara
anda menjawab,anda dinasihatkan supaya
menjawab dengan jujur.
Pengetahuan asas
Anda mesti tahu serba sedikit tentang syarikat yang
memanggil anda temuduga,Apa syarikat tersebut usahakan serta pengetahuan asas
jawatan yang anda mohon daripada mereka.
Ini adalah serba sedikit tip dan panduan kepada
pencari-pencari kerja yang berada di luar sana.saya berharap tip yang diberikan
berguna kepada anda.Jika anda gunakan sepenuhnya panduan ini kebarangkalian
anda akan diterima bekerja adalah tinggi.
No comments:
Post a Comment