Sunday, January 4, 2015

Cara Mudah daftar Domain Name di godaddy.com

Gambar Hiasan
Tentunya ramai penulis blogger yang masih baru dengan penulisan di blog dan berhasrat untuk memiliki domain name sendiri untuk blog masing-masing.Sebenarnya ramai syarikat-syarikat yang menawarkan domain sendiri untuk blog,weblog,wordpress dan website.Kelebihan memiliki domain sendiri ini adalah kita boleh memilih domain sendiri yang menunjukkan identiti blog kita dimana perkataan wordpress,blogspot,weblog tidak ada lagi dan blog kita.contohnya domain berbayar www. xxx.com.Disini saya menunjukkan kamu cara untuk mendaftar domain name di www.godaddy.com melalui blog google dengan mudah.

Harga domain name bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh www.godaddy.com,ada domain name yang berharga rm 13 setahun ada yang mencecah sehingga RM 5K ..

Saya cuma terangkan secara asas bagaimana mendaftar domain name anda di www.godady.com dan boleh terus menggunakan domain anda dan tidak perlu menunggu 24 jam hingga 48 jam.

Saya sebenarnya agak konfius juga bagaimana mendaftar domain name di godaddy.com pada mulanya.Tetapi melalui pembacaan saya melalui artikel di luar Negara baru la saya faham dan pendaftaran amat mudah sekali.

Tutorial daripada godaddy.com dan google ,saya tidak faham langsung,so saya cuba bantu anda agar faham sepenuhnya tutorial ini.

Pertama sekali kamu perlu mendaftar di web www.godaddy.com terlebih dahulu dengan daftar menggunakan email akaun gmail kamu.Pilih Domain Name yang kamu suka dan mengikut ketetapan yang diberikan oleh godaddy.com.

Selepas memilih Domain Name yang sesuai baru la melakukan pembayaran melalui transaksi Kad Kredit ataupun dengan kad ATM kamu.Kad ATM   kamu mestilah mempunyai VISA,jika lambang VISA tiada tertera di Kad ATM kamu, transaksi tidak dapat dibuat.

Selepas melakukan pembayaran kamu perlu sahkan transaksi tersebut di akaun gmail kamu.Apabila kamu telah mengesahkan pembayaran tersebut Domain Name pilihan kamu telah berdaftar tetapi masih belum boleh digunakan.Kamu perlu mengubah sedikit kod di bahagian DNS Zone File dan di Setting blog kamu.

Pergi ke setting blog kamu dan klik di bahagian Setting Basic dan lihat di Blog Address dan klik di bahagian ''Set up a third-party URL for your blog " masukkan Domain name yang kamu beli di godaddy.com bermula dengan www.nama blog anda.com apabila selesai klik di bahagian save dan anda akan melihat perkataan seperti dibawah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
We have not been able to verify your authority to this domain. Error 12.
On your domain registrar's website, locate your Domain Name System (DNS) settings and enter the following two CNAMEs:
Name, Label or Host field Destination, Target or Points To field
www     ghs.google.com
me23zoik2ghq   gv-m4yydskk47ugng.dv.googlehosted.com
See our detailed instructions on providing CNAMEs for various registrars or see the full settings instructions for more details. If you are having trouble entering the second CNAME to dv.googlehosted.com, you can verify your ownership of this domain with a TXT record through the Google webmaster tools here instead.
If your domain provider supports it, download the DNS settings file.
Enter the domain your blog will be hosted at.
Your domain must be properly registered first. View settings instructions.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bermakna domain name tersebut belum mendapat authoriti daripada google,so kita kena Verify terlebih dahulu domain name kita .

Apabila kamu telah melihat perkataan tersebut klik di perkataan “Here” untuk pengesahan dan akan keluar page seperti ini Verification Method: Domain name provider selepas melihat perkataan tersebut klik pada Verify.Selesai…haha..Tunggu domine Name kamu masih belum boleh digunakan tinggal sedikit lagi.

Pergi ke akaun kamu di godaddy.com kemudian klik di perkataan Lounch selepas itu klik pada Domain Name yang kamu beli,Klik pada DNS Zone File,Klik Add Recod dan masukan semua kod ini satu persatu

216.239.32.21                    
216.239.34.21                    
216.239.36.21                    
216.239.38.21

Apabila semua Kod IP telah dimasukkan klik Save. lain-lain tidak perlu diubah.

Selepas itu kamu pergi ke CName (Alias) dan lihat pada bahagian perkataan ini www kemudian klik pada lambang edit yang berlambang pen.Kod  @ tukar kepada ghs.google.com sahaja. Kemudian klik save.Lain-lain tidak perlu ditukar.

Baiklah selesai.Domain Name pilihan kamu boleh digunakan.Mudah bukan?Jika terdapat masalah untuk mendaftar tinggalkan mesej anda disini.Sekian berjumpa lagi sayo nara..




No comments: