Panduan membeli kereta baru
Gambar Hiasan |
Perkara yang paling seronok dalam hidup seseorang apabila
berhasrat hendak membeli kereta baru.Lebih-lebih lagi kereta yang kita ingin
beli adalah hasil titik peluh kita sendiri.
Satu masalah bagi kebanyakan orang adalah sukar untuk
membuat keputusan semasa membeli kereta kerana terlalu banyak pilihan dan
rambang mata.Disini saya akan memberikan sdeikit panduan kepada kamu agar dapat
membuat keputusan dengan tepat agar anda tidak menyesal dikemudian hari.
Kewangan
Perkara yang harus difikirkan adalah tentang kewangan
anda,walaupun anda mampu membeli kereta tersebut anda kena memikirkan
komitmen-komitmen anda yang lain dimana hutang tersebut adalah mungkin bil
telefon,astro,bil air dan api,hutang pinjaman bank dan segala hutang yang lain.
Anda perlu catit segala hutang anda dan tolak tinggal berapakah
lagi baki gaji bersih anda.
Jika ditolak segala hutang piutang anda dan kamu
dapati gaji bersih anda kurang dari seribu,baik batalkan dahulu hasrat anda
untuk membeli kereta baru.
Servay harga
Sebelum membeli kereta anda kena servay harga kereta
tersebut terlebih dahulu,kerana setiap jenis kereta ,harga adalah berbeza-beza
dan ini membolehkan anda dapat meanggarkan kemampuan kewangan anda.
Sama ada
anda terus ke syarikat jual kereta dan anda juga boleh mencari harga kereta
tersebut menerusi laman web syarikat tersebut.Harga kereta import lebih mahal
berbanding dengan kereta tempatan.
Jenama Kereta
Jenama kereta perlu diambil kira,cuba tanya diri sendiri
adakah meminati kereta tempatan ataupun kereta import?Kereta nombor satu top di
Malaysia adalah jenama Toyota diikuti oleh mitsubshi,Honda,Nissan,Proton,Produa
diikuti oleh Mazda Suzuki,Naza,chvrolet.
Kereta BMW,Lexus dan jenama-jenama kereta mewah kebanyakan
pembeli terdiri orang –orang kaya.
Kuantiti penumpang
Adakah anda belum berkhawin?Ataupun telah
berkhawin?Kebanyakan orang bujang gemar membeli kereta yang sporty,trend
terkini tetapi memreka yang telah berkeluarga membeli kereta jenis
MPV(kenderaan pelbagai guna)Kenderaan ini mempunyai muatan dan penumpang yang
lebih banyak.
Kereta Lasak
JIka anda meminati kereta jenis yang tahan lasak beli la
kereta pacuan empat roda.Banyak kelebihan untuk membeli kereta jenis ini kerana
kereta 4x4 ini boleh memasuki kawasan hutan,mendaki bukit,menyeberangi
sungai,muatan barangan yang banyak tetapi ia agak kurang sesuai jika mereka
yang berkeluarga kerana kapasiti muatan penumpang yang sama dengan kereta
biasa.
Bawa rakan
Jika ingin servay kereta,bawa lah rakan bersama,rakan yang
tahu selok belok mengenai kereta.Jangan bawa rakan yang tidak tahu langsung
mengenai kereta.Kadang-kadang salesman kereta ini ada yang jenis putar belit
berkenaan deposit kereta.
Kualiti
Kualiti kereta juga harus diambil kira,jika anda mampu
membeli kereta mewah beli la kereta mewah bergantung kepada kemampuan anda.
Beli la kereta yang banyak sekali digunakan di atas jalan
raya.Kereta yang banyak digunakan ini, alat ganti mudah didapati di mana-mana
kedai menjual alat ganti dan bengkel.
Jika anda membeli kereta import alat ganti agak mahal
berbanding dengan kereta jeni keluaran tempatan.
On the road
Tanya salesman kereta tersebut adakah harga kereta yang anda
ingin beli adalah harga on the road,maksud on the road adalah harga keseluruhan
kos deposit+roadtax+insuran.Jangan anda silap disini kerana kebanyakan salesman
hanya meletakkan harga hanya harga body kereta itu sahaja.
Contoh harga kereta Produa Viva 660 yang dipamerkan adalah RM
18,000.
Apabila kamu melihat harga ini anda pun tertarik dengan harga
tersebut.Selalunya harga yang dapamerkan adalah hanya harga body sahaja,apabila
kamu bertanya dengan salesman harga on the road adalah RM 21,500.
Bermakna kos insuran+road tax+deposit adalah berjumlah RM
3,500.
Gear Manual/Gear Auto
Kenderaan yang dijual di Malaysaia terdapat tiga jenis gear
iaitu Manual/auto dan gear both
Gear manual ini mempunyai pickup ataupun daya kekuatan yang
lebih kuat berbanding dengan gear auto .
Gear manual ini menang ketika menaiki
bukit.Tetapi kaki kiri akan letih ketika
apabila jalan jem kerana terlalu kerap menakan clutch.
Gear auto untuk mereka yang gemarkan pemanduan yang
relax.Tetapi apabila mendaki bukit yang tinggi kereta auto ini tidak mempunyai
pick up dan enjin akan mengaum.
Semasa jalan jem,kereta auto lah yang paling relax.Tetapi
minyak agak kurang jimat berbanding dengan kereta manual.
Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda dan
mempengaruhi keputusan anda dalam pemilihan keputusan pembelian kereta.sekian.
No comments:
Post a Comment