Tuesday, December 23, 2014

Persediaan Menghadapi Banjir

Banjir Di Kuantan Tahun 2013
Seperti yang kita tahu hampir setiap tahun negara kita akan menghadapi banjir,fonemena ini menyebabkan pelbagai kerosakan yang telah berlaku kepada harta benda kita serta  secara tidak langsung segala aktiviti kita sehari-hari terjejas,baiklah saya menerangkan serba sedikit bagaimana untuk mengelakkan kediaman kita serta keluarga kita daripada banjir serta persediaan untuk menghadapi banjir

1)Beli sebuah bot/sampan
-membeli sebuah bot bagi persediaan banjir,bot/sampan ini adalah alat yang mampu menyelamat harta benda kita daripada musnah,ia juga mampu membawa keluarga kita ke tempat yang selamat.

2)Membina rumah bertiang tinggi
-Korang pernah pergi tak tempat kawasan yang sering berlaku banjir???cuba korang lihat rumah-rumah penduduk di kawasan tersebut kebanyakannya mempunyai tiang yang tinggi..
-cara ini boleh menyelamatkan harta benda kita daripada terkena air banjir,da la beli perabot yang mahal-mahal tetapi musnah begitu sahaja akibat banjir..betul tak???hehe

3)Elakkan membina rumah di tepi sungai
-Jika boleh ,elakkan membina rumah di kawasan tepi sungai sebab risiko rumah kita musnah akibat banjir amat tinggi

4)Bina rumah di kawasan yang tinggi
-perkara yang paling selamat adalah membina rumah dikawasan tempat yang tinggi

5)ubahsuai rumah
-Bagi korang yang setiap kali musim tengkujuh rumahnya terkena banjir rumah korang perlu diubah suai sedikit bagi menghadapi banjir contohnya membuat tangga terus ke bumbung rumah

6)komunikasi 
-komunikasi yang baik terhadap jiran-jiran serta penduduk disekitar tempat kita tinggal adalah harus kerana apabila kita menghadapi situasi kecemasan seperti banjir kilat jiran-jiran kita atau penduduk sekitar boleh menolong.

7)Kerjasama
-Apabial kawasan tempat kita tinggal menghadapi banjir,perkara yang paling penting adalah kerjasama diantara penduduk sekitar untuk tolong-menolong diantara satu sama lain.

8)Pihak berkuasa
-Lapor keadaan kawasan anda terhadap pihak berkuasa jika benar-benar memerlukan bantuan dari segi bot daripada bomba,JPAM,Polis ataupun TLDM.

9)Tahu lokasi pusat penempatan bantuan sementara
-Selalunya kerajaan akan menempatkan orang ramai yang terjejas akibat banjir di beberapa lokasi yang dijadikan sebagai pusat penempatan bantuan banjir.

10)Sediahkan kelengkapan pakaian
-Keadan banjir serta hujan dari pagi sampai ke petang menyebabkan kita merasa sejuk ,perlunya pakaian yang mencukupi,jaket,baju hujan,glove dan sebagainya.

11)medical kit
-Ini adalah peralatan yang paling penting sekali kerana terdapat pelbagai kemungkinan yang berlaku kepada kita seperti risiko kecederaan,penyakit dan sebagainya.

12)Lampu suluh
-Lampuh suluh adalah wajib ,korang mesti ada alat nie semasa kawasan tempat kita tinggal menghadapi banjir
-beli lampu suluh yang kalis air serta mentol dan bateri yang mencukupi

Banjir adalah perkara yang paling kita tidak sukai berlaku kerana segala aktiviti seharian kita terjejas,kita harus menerima situasi ini dengan tenang kerana banjir adalah fonemena alam.



No comments: