Wednesday, January 14, 2015

Potong zakar suami dua kali

MEDIA China melaporkan seorang wanita china telah bertindak memotong kemaluan suaminya dengan menggunakan gunting semasa suaminya tidur, ini disebabkan wanita tersebut berang kerana secara kebetulan telah terlihat email suaminya yang mempunyai skandal.

 Fan Lung, 32 dikatakan telah menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar beberapa emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21.

Walaubagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar.

Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang.

Akibat dipotong kemaluan Fan Lung telah dikejarkan ke hospital untuk menyambung semula kemaluannya.

Tetapi isteri kepada Fan Lung ,Feng masih tidak berpuas hati diatas perbuatannya itu dan segera ke hospital tempat suaminya menerima rawatan.

Dengan menggunakan gunting Feng telah memotong semula kemaluan suaminya dan membuang kemaluan suaminya  melalui  tingkap yang terbuka.

Pihak hospital telah melaporkan telah melihat seorang lelaki yang berlumuran darah telah bertindak memukul seorang wanita di perkarangan hospital,mereka cuba membantu wanita tersebut dan baru mengetahui lelaki tersebut telah dipotong kemaluan kali yang kedua.


Pihak polis telah menahan Feng dan pihak hospital cuba mencari kemaluan  Fan Lung di sekitar perkarangan hospital tetapi tidak berjumpa,pihak hospital mengatakan kemungkinan kemaluan Fan Lung telah dimakan oleh anjing ataupun dimakan oleh kucing yang berkeliaran di sekitar kawasan itu.

No comments: