Sunday, January 4, 2015

Strategi Berniaga Di Internet

Gambar Hiasan
Kewujudan laman Internet telah menjadi fonemena di seluruh dunia,setiap hari berjuta pengguna melayari internet di serata dunia.Di Negara Malaysia sahaja berjuta rakyat malaysaia sebagai pengguna tegar internet,ditambahi lagi dengan telefon bimbit yang boleh melayari internet dimana sahaja berada.Ini telah menjadi platform kepada peniaga-peniaga online untuk menjual barangan mereka secara online.Tidak dinafikan telah ramai orang telah memperolehi pendapatan berpuluh ribu dengan hanya menjual barangan mereka secara online.Disini diterangkan tip serta strategi bagaimana berniaga di internet.

Rakan Facebook
Berapa ramai rakan anda di facebook?Dalam strategi perniagaan online yang pertama sekali yang anda lakukan adalah berusaha untuk mencari kenalan di facebook.Cari rakan yang berkualiti dan hantar permintaan rakan seberapa banyak yang boleh sehingga mencapai limit iaitu 5000 jumlah rakan.Strategi ini penting apabila anda hendak menjual barangan di facebook.

Buka group Kumpulan
Sekarang anda telah mempunyai rakan sebanyak Lima ribu orang,apa yang anda lakukan adalah dengan mencipta group Kumpulan dan Tambah rakan-rakan anda tersebut sebanyak lima ribu orang  ke group kumpulan yang anda cipta.

Nama group kumpulan harus lah unik jangan menamakan group anda yang menggambarkan sebagai penjualan barang online kerana jika anda namakan group kumpulan seperti itu kebanyakan yang akan masuk ke group kumpulan anda hanya penjual-penjual barang online sahaja ini menyebabkan kebarangkalian orang dalam group membeli barangan anda sedikit.

Buka Halaman/page
Buka halaman tentang produk anda.hantarkan permohonan like halaman ke rakan facebook anda seramai lima ribu orang tersebut.Tetapkan nama berkenaan Page@halaman facebook anda kerana apabila jumlah like mencapai 200 orang nama page kamu tidak akan boleh ditukar.
Keluarkan sedikit modal untuk menaikan liker page kamu melalui facebook ads.Kamu tidak akan rugi melakukan perkara ini kerana semakin ramai like di halaman anda semakin besar peluang orang ramai akan membeli barangan anda.

Simpan nombor telefon pembeli
Apabila seseorang membeli barangan kamu,nombor telefon mereka  harus disimpan kerana apabila terdapat produk baru anda,kamu hanya perlu menghantar sms,whatsap,wechat terhadap bekas pembeli berkenaan produk baru yang anda jual.

Buka akaun Instragram,whatsap,wechat,Telegram
Dengan membuka akaun laman-laman sosial ini dan memasukan berapa ramai kenalan anda ke akaun-akaun ini memungkinkan barangan anda cepat terjual.Post barangan anda ke group ini secara berkala agar rakan-rakan anda tidak boring dengan post mengenai produk yang anda jual.

Youtube
Youtube mempunyai berjuta pengguna di seluruh dunia,strategi berniaga, anda harus buat sebuah video pendek mengenai barangan yang anda jual ini secara tidak langsung pengguna akan melihat video anda dan akan melariskan perniagaan anda.

Google ads
Berikan sedikit modal anda kepada google untuk mengiklan barangan anda.Produk anda akan terpamer di blog,website,wordpress dan sebagainya dan dilihat oleh berjuta pengguna.

Blog
Membina blog adalah percuma.sesiapa sahaja boleh mencipta blog.Anda boleh letakkan produk anda disini dan menjadi tontonan oleh ramai orang.

Website online shopping
Terdapat ramai designer ataupun pembuat-pembuat website online di luar sana.Anda boleh mengupah mereka untuk mencipta website shop untuk anda.

Dropship
Anda sebagai pembekal barangan dan menjual secara online,anda boleh menawarkan kepada orang ramai pekerjaan dropship kepada mereka.Maksud dropship adalah orang ramai akan menjual barangan anda kepada orang lain dan pembekal adalah anda.Baca maksud dropship disini.

Lelong.com
Terdapat berjuta orang melayari laman web shopping Lelong.com dan dikatakan berpuluh ribu transaksi berlaku di Lelong.com setiap hari.Anda boleh menjual barangan anda disini.

Mudah.Com
Penguna Mudah.com juga mempunyai pengguna yang ramai.Beribu orang berkunjung ke laman mudah.com setiap hari.

Alibaba
Alibaba.com adalah laman web shopping online yang terbesar di Asia.Jika anda mempunyai barangan dalam jumlah yang banyak,anda boleh menjual disini kerana kebanyakan penjual-penjual di Alibaba.com adalah pemborong di serata Asia.

Amazon.com
Amazon dikatakan sebagai laman web online menjual  buku yang terbesar di dunia.Kerana majorita barangan yang dijual disini adalah buku-buku di serata dunia.Walaupun begitu barangan lain,selain buku masih boleh dijual di web ini.Kebanyakan pembeli terdiri daripada orang di serata dunia.

Ebay
Ebay adalah laman web shopping online yang terbesar di dunia,berjuta dolar transaksi pembelian di ebay setiap hari.Sepasang suami isteri berasal daripada China memperolehi pendapatan berjumlah 5 juta dolar setiap tahun dengan hanya menjual di ebay.

Kejujuran
Apapun prinsip yang paling penting dalam berniaga online di internet adalah kejujuran.Berikan kepercayaan orang lain kepada anda.

Semoga sedikit tip ini dapat membuka minda dan semangat anda untuk berniaga secara online.Berusaha untuk mencapai target anda,didunia tiada yang mustahil.Good Luck



No comments: