Panduan mendapatkan salinan keputusan
Sijil SPM/Contoh |
Saya gagal menghadiri temuduga pengambilan polis pada tahun
2002 kerana sijil asal SPM telah tertinggal di rumah..
Sebenarnya tidak lah sesusah mana untuk mendapatkan semula
sijil kita tersebut jika kita mengikuti prosuder yang ditetapkan oleh
JPM(Jabatan Pelajaran Malaysia).
Disini akan diterangkan kepada anda bagaimana untuk
mendapatkan sijil atau pernyataan asal yang hilang.
Untuk pengetahuan anda sijil SPM/MCE ataupun pernyataan asal
PMR/SRP/LCE dicetak hanya sekali sahaja dan dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.Sekiranya sijil SPM/MCE tersebut hilang ataupun rosak barulah
mereka akan mengeluarkan salinan keputusan tersebut.
Jika sijil keputusan PMR/SRP/LCE anda telah hilang dukacita
bahawa Jabatan Pelajaran hanya dapat mengeluarkan salinan pernyataan keputusan
sahaja .
Prosuder yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia
untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia serta salinan pernyataan keputusan
Peperiksaan Menengah Rendah adalah anda kena mengambil borang permohonan
salinan sijil hilang/rosak/terjemahan di mana-mana pejabat Jabatan Pelajaran Malaysia atau anda boleh
memuat turun borang tersebut disini.
Selepas anda mendapatkan borang tersebut anda perlu mengisi
butir-butir borang permohonan tersebut dan sekiranya telah lengkap borang
tersebut perlu dikepilkan dengan surat sumpah atau laporan polis.
Surat sumpah atau laporan polis ini diperlukan bagi
menyatakan butir-butir yang anda isi di borang pernyataan tersebut adalah
benar.Surat sumpah ini boleh diperolehi di mana-mana mahkamah manakala laporan
polis boleh dibuat d mana-mana balai Polis yang Berdekatan.
Sekiranya permohon datang sendiri ke pusat Jabatan Pelajaran
Malaysia surat sumpah ataupun laporan polis tidak perlu.Dengan hanya penlu
menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.
Maklumat-maklumat surat sumpah atau laporan polis haruslah
mengandungi butir-butir seperti berikut.
- Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
- Nombor kad pengenalan lama dan baru
- Tarikh lahir
- Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliranNama peperiksaan Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
- Sertakan bersama salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada) untuk rujukan.
Setiap helaian salinan keputusan yang dipohon akan dikenakan
bayaran sebanyak RM 10.00(sepuluh ringgit Malaysia) bagi setiap helaian sijil.Anda
boleh membuat pembayaran dengan melalui wang pos(postal oder) ataupun anda juga
boleh membuat Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN' .
Jika
anda melakukan pembayaran melalui Cek
persendirian ia tidak akan diterima. Bayaran Tunai boleh diterima di kaunter
Lembaga Peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Bagi mereka yang cuba untuk menipu butir-butir permohonan
ataupun borang permohonan tidak lengkap ataupun mana-mana butir-butir seperti
yang telah dinyatakan diatas ,Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan
salinan keputusan atau salinan pernyataan keputusan.Wang proses permohonan
tidak akan dikembalikan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pelajaran
Malaysia: 0388843526 / 0388843528
5 comments:
Salam sejahtera,
Saya nak tanya, bagaimana pula dengan sijil SPM yang tidak dituntut sejak tamat sekolah ? Boleh dituntut juga tak kira tahun ke ?
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2515] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.
Salam na tanya kalau di slip spm tu hanya tulis layak mendapat pernyataan makna nya kita tak boleh ada sijil spm original laa ye ? Mohon pencerahan
Nak tya..dah pergi tya dkt pendidikan tak?sya punya pun layak mendapat pernyataan..spm ulangan..tq
Asalmualaikum sye nk tnye sye telah menduduki spmu pada thun 2018 smpai sekarang sijil xde inform tentang sijil slip kuputusan dah dpt sijil je yg blom
Post a Comment